• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Stabil Penting Untuk Keamanan, Kemajuan Sabah

oleh Ahmad Albab
16/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman malam tadi, menyifatkan keamanan, kemakmuran dan kemajuan dinikmati Sabah sekarang adalah hasil daripada kerajaan yang stabil.

Justeru, Musa menyeru rakyat Sabah dan semua pihak berkaitan supaya berganding bahu mengekalkan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi, pertumbuhan sosial dan perpaduan di negeri ini.

“Kerajaan yang rapuh tidak memungkinkan kita menikmati apa yang kita ada hari ini. Kita memerlukan sokongan rakyat untuk memastikan semua dasar dan program kerajaan berjaya dilaksanakan di negeri ini, khususnya melindungi kepentingan generasi akan datang,” katanya pada majlis pelancaran Festival Tahunan Sambutan Krismas Gaya ke-11 di Lintasan Deasoka di sini.

Teks ucapan Musa dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Festival selama empat hari itu dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Majlis Gereja-gereja Sabah (SCC).

Musa berkata keupayaan untuk hidup bersama secara harmoni dalam masyarakat terdiri daripada pelbagai budaya dan agama seperti di Sabah membolehkan rakyat menyambut setiap perayaan dalam suasana aman dan toleransi.

“Ini salah satu faktor menjadikan Sabah contoh terbaik kepada seluruh negara tentang bagaimana rakyat daripada berbilang bangsa dan agama dapat hidup bersama secara hormat menghormati dan harmoni.

“Halangan terbesar kepada perpaduan ialah sikap negatif terhadap orang lain. Saya percaya melalui sambutan Krismas yang kita adakan setiap tahun, tiada sekatan bagi perpaduan, semangat muhibah dan persefahaman yang wujud antara kita selama ini,” katanya.

Pada majlis itu, satu kempen amal dilancarkan untuk mengutip dana bagi empat rumah kebajikan di Sabah.

Aktiviti lain yang diadakan, antaranya pertunjukan bunga api, persembahan koir oleh kumpulan daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, pertunjukan pentas dan penyampaian sumbangan Krismas oleh isteri Pairin, Puan Sri Genevieve Kitingan kepada 60 kanak-kanak. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]lEwIQijRhn0[/wpdevart_youtube]

Tags: Musa Aman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

15/09/2023
0

PH Sabah akan mengadakan mesyuarat bersama dalam tempoh terdekat sebagai persediaan parti itu menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang....

Shafie Punca Peningkatan Kes COVID-19 – Musa Aman

20/10/2020
0

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dalam surat terbukanya mendakwa Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd