• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan DAP Pulau Pinang Lebih Zalim Daripada RUU MKN

oleh
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Definasi zalim ke atas Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak tepat kerana ia dibuka untuk dibahas dan dipersetujui berdasarkan majoriti undi di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Itu bidasan Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin dalam perbahasan di Dewan Negara di sini pada Selasa berhubung kenyataan Senator Siti Aishah Shaik Ismail yang mendakwa RUU MKN konon bersifat zalim.

“Definisi zalim saya hendak beritahu apabila ada seorang yang ada personaliti, ada kuasa tetapi kuasa yang ada telah disalahgunakan kepada rakyat di bawah jajahannya.

“Tidak pernah lagi dalam mana-mana sejarah, ahli dewan undangan negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), ahli parlimen BN, ahli Dewan Negara BN menangis minta pembelaan seperti berlaku kepada ADUN PKR Penanti.

“Menangis di dalam sesi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kerana sudah bertahun-tahun jadi ADUN Penanti ditipu parti sendiri,” kata Megat Zulkarnain sewaktu membahaskan RUU MKN di Dewan Negara pada Selasa.

Kenyataan beliau itu merujuk kepada insiden di mana Dr. Norlela Ariffin yang kecewa kerana luahan dan persoalannya berhubung dana pembangunan penduduk kawasan Penanti diwakilinya diabaikan kerajaan negeri.

“Saya buang masa hampir sejam menunggu jawapan, setiap hari saya tunggu jawapan, tetapi tidak jawab, saya buang masa sejam… Exco YB Seberang Jaya tak jawab, YB Batu Lanchang tak jawab.

“Kawasan saya kawasan kampung yang terpinggir, saya bawa suara orang kampung… ,” luahnya cukup sayu dalam sidang DUN Pulau Pinang pada 19 November lalu.

Menurut Megat Zulkarnain, keadaan itu adalah bukti betapa kerajaan negeri DAP Pulau Pinang jauh lebih zalim terhadap penduduk negeri berkenaan terutama kaum Melayu yang menetap di luar kawasan perbandaran.

Lantaran itu, tuduhan bahawa kuasa yang diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di dalam MKN adalah demi kepentingan peribadi beliau katanya, adalah tuduhan cukup jahat dan tidak boleh diterima akal.

“Jangan menipu rakyat, jangan dimomokkan RUU ini salah, ini melanggar etika kita sebagai ahli dewan negara.

“Saya pun tidak setuju RUU akan merosakkan generasi akan datang, rosakkan kepada keturunan saya, sedangkan undang-undangnya jelas, aman. Jangan menuduh macam-macam, berilah pandangan,” katanya.

Selain itu, pembangkang juga katanya telah menyalahertikan definisi darurat apabila membacanya dengan penuh kebencian sedangkan tiada apa yang perlu ditakuti oleh rakyat terhadap RUU MKN. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: adunPKR
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi contoh teladan tentang komitmen,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd