• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemuka MC Palsu Kesalahan Rasuah – SPRM

oleh Ahmad Albab
02/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Dengan majikan kerugian sebanyak RM2.9 bilion setahun untuk membayar pekerja menggantikan rakan setugas yang cuti sakit, seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa pekerja yang mengemukakan tuntutan palsu bagi sijil sakit (MC) adalah kesalahan rasuah.

Mohamad Tarmize Abdul Manaf yang merupakan pegawai bahagian pendidikan masyarakat SPRM menjelaskan mengapa mengeluarkan sijil sakit (MC) dengan maklumat atau tuntutan palsu menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, mengemukakan sijil sakit palsu tiada bezanya dengan tuntutan, resit atau invois yang mempunyai butiran palsu.

“Tahukah anda bahawa mengemukakan sijil sakit atau MC boleh menjadi kesalahan rasuah? Ia merupakan kesalahan di bawah kategori mengemukakan tuntutan palsu,” katanya di blog ourdifferentview.com menerusi kenyataan bertajuk “Menipu Sakit, Satu Kesalahan Rasuah?”.

Mohamad Tarmize menjadikan contoh di mana tertuduh didakwa kerana membuat tuntutan cuti sakit palsu selama dua hari dengan hari bergaji penuh.

Tertuduh didapati bersalah selepas dibuktikan bahawa dia tidak sakit sepanjang dua hari itu.

Tertuduh berkata, sijil sakit tidak termasuk di bawah Akta. Tetapi hakim mengekalkan sabitan tersebut kerana tertuduh menerima gaji penuh bagi kedua-dua hari “sakit” itu.

Tertuduh diarahkan membayar semula duit gaji berkenaan dan dikenakan denda.

Mohamad Tarmize berharap masyarakat tidak sewenang-wenangnya mengambil cuti sakit.

“Doktor dan pegawai perubatan juga perlu berwaspada agar tidak terlibat sekiranya ada ’pesakit’ yang tidak sakit memohon MC daripada anda,” katanya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri MustafarAli mengesahkan bahawa tuntutan palsu yang dikemukakan kepada majikan merupakan satu kesalahan menipu.

Beliau menambah, di bawah Seksyen 24, pekerja yang membuat tuntutan palsu boleh dipenjara sehingga 20 tahun tahun dan dikenakan denda.

Sebelum ini dilaporkan bahawa majikan Malaysia mengalami kerugian lebih RM1 bilion setahun kerana pekerja berpura-pura sakit untuk mendapatkan cuti sakit atau MC.

Menurut laporan pada 2014, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) mendedahkan bahawa majikan kerugian RM2.9 bilion setahun dalam bayaran lebih masa kepada pekerja menggantikan pekerja lain yang cuti sakit. – mStar Online

Tags: Cutipekerja
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

28/10/2024
0

PORT DICKSON: Seorang pekerja pemasang khemah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd