• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Kesihatan Nafi Dakwaan Sabotaj Pengusaha Vape

oleh Ahmad Albab
25/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menafikan dakwaan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) kononnya dua kilang pembuatan perisa vape dipercayai milik individu berkepentingan dalam kerajaan, akan dibina tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung pembukaan kilang itu didakwa bertujuan memonopoli industri yang membawa pulangan RM2.8 bilion setahun kepada pengusaha sedia ada.

“Saya tidak menerima sebarang laporan rasmi dan kami tiada apa-apa maklumat mengenai dakwaan itu. Kami (KKM) tidak mensabotaj sesiapa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Semalam, media tempatan melaporkan Presiden Ikhlas, Mohd. Ridzuan Abdullah mendakwa dua kilang pembuatan perisa vape akan dibina di Johor serta Shah Alam, dan akan beroperasi sebaik sahaja Kementerian Kesihatan mewujudkan satu akta baharu mengenai penjualan perisa vape.

Dalam pada itu, Hilmi menegaskan KKM tidak bercadang mengharamkan penjualan vape dan hanya memutuskan mengawalnya meskipun Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

Beliau berkata keputusan kementerian dalam penjualan vape adalah keputusan yang diambil di peringkat Kabinet.

Hilmi berkata pihaknya akan terus mengawal penjualan vape di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2011.

Beliau, bagaimanapun berkata, ia bergantung kepada Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bagi membincangkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sementara itu, Hilmi berkata pengharaman premis penjualan vape di negeri-negeri bergantung kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mempunyai kuasa mengambil sebarang keputusan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]3QoOK2_v_EA[/wpdevart_youtube]

Tags: vape
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Woi Badigol… Vape Mushroom Tengah Menjahanamkan Anak Bangsa!

Woi Badigol… Vape Mushroom Tengah Menjahanamkan Anak Bangsa!

20/05/2026
0

MAAF terpaksa guna tajuk kasar macam ini untuk tarik perhatian masyarakat Malaysia yang seolah-olah ambil mudah gejala vape mushroom. Ibarat...

Dadah ‘Zombi’ Dikesan Dalam Vape, JSJN Bongkar Sindiket Bernilai RM4.6 Juta

Dadah ‘Zombi’ Dikesan Dalam Vape, JSJN Bongkar Sindiket Bernilai RM4.6 Juta

21/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kegiatan penjualan dadah sintetik berbahaya dikenali sebagai “dadah zombi” kini dikesan menyusup masuk ke dalam pasaran rokok...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd