• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekalkan Pembiayaan Perumahan Penjawat Awam 4% Relevan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengalu-alukan dasar dan kadar pembiayaan keuntungan perumahan empat peratus yang dinikmati oleh penjawat awam dikekalkan di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Naib Ketuanya, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, LPPSA akan menggantikan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) Kementerian Kewangan berkuatkuasa 1 Januari 2016 dalam urusan tersebut.

“DPPM mengalu-alukan pengekalan dasar dan kadar pembiayaan keuntungan perumahan empat peratus yang dinikmati oleh penjawat awam

“Kami berpendapat, pada peringkat fasa formatif ini, jaminan yang diberikan oleh Setiausaha LPPSA adalah relevan dan boleh diterima,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Khairil Nizam bagaimanapun berkata, kerajaan masih perlu menjelaskan terma-terma perjanjian standard yang akan diimplementasikan dibawah LPPSA untuk membandingkan ia lebih baik berbanding di bawah BPP.

Beliau melahirkan kebimbangan LPPSA terdedah kepada pihak yang berkepentingan untuk mengaut lebih keuntungan.

“Dalam urusan pembiayaan perumahan, banyak isu yang melibatkan perlindungan konsumer terabai, antaranya perumahan dalam proses pembinaan terabai dan kes-kes pembiayaan atau pinjaman,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: beli rumahPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mendakwa tahap penyertaan kaum India dalam perkhidmatan awam masih rendah dan...

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

30/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Senator Dr. RA Lingeshwaran memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan pelaksanaan kemudahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd