Monday, October 7, 2024

Creating liberating content

Ethiopian Airlines Bawa Penumpang...

PESAWAT Ethiopian Airlines bagi penerbangan ET302 yang terhempas berhampiran Addis Ababa, semalam serta...

Kerajaan Tak Beri Kerakyatan...

LANGKAWI - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata penurunan had harga rumah...

KKM Sahkan 19 Maut...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 19 mangsa disyaki maut akibat...

Ulama Seluruh Dunia Berkumpul...

KUALA LUMPUR - Buat julung kali Malaysia akan menjadi tempat perhimpunan para ulama...

Juliana Evans Pamer Aksi Cemerlang Dalam BPBM

WALAUPUN Bawang Putih Bawang Merah (BPBM) merupakan naskhah teater pertama yang dilakonkannya, namun Juliana Evans nyata tidak mensia-siakan peluang tersebut apabila berjaya mempamerkan aksi cemerlang menerusi watak adik tiri yang kejam, Bawang Putih.

Selain Juliana, BPBM yang diarahkan pengarah terkenal, Eirma Fatima membariskan senarai pelakon terkenal seperti Fathia Latif, Syarul Ridzwan, Nabila Huda, Beto Kusyairy, pasangan adik-beradik, Fauziah Ahmad Daud dan Fazlina Ahmad Daud, Tya Ariffin, Ungku Ismail Aziz dan Dafi.

Aksi bersahaja dan gedik Putih berjaya menggamit perhatian dan gelak tawa penonton sepanjang teater itu berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya.

Lontaran suara Jue juga sesuai mengikut wataknya yang menjadi side kick kepada ibunya, Mak Kundur lakonan hebat Ogy Ahmad Daud.

Lakonan Ogy, tak usah cakaplah, memang menjadi habis watak ibu tiri kejam yang terus-terusan membuli Bawang Merah tanpa sedikit pun belas kasihan.

teater

teater1

Jalan cerita klasik dongeng Melayu ini tidak diubah oleh Eirma membuatkan penonton senang menangkap naratif penceritaan dalam teater yang berlangsung selama 2 jam itu.

Selain aksi cemerlang Jue, watak si Bongkok yang dijayakan aktor berbakat besar, Beto Kusyairy turut mendapat tepukan gemuruh penonton sebaik pementasan dilabuhkan.

juee1


Bongkok berjaya meresapi jiwa penonton dengan takdir hidupnya yang tidak kesampaian memiliki gadis yang dicintainya sehingga membawa diri sebaik mengetahui dia hanya bertepuk sebelah tangan terhadap Merah.

Set pementasan dan props ini wajar dipuji kerana kelihatan sangat menarik, terutamanya sekali set props melibatkan buaian dan kawasan persekitarannya yang cukup menangkap mata untuk tertancap lama padanya.

teater2

Mainan lighting turut berjalan sempurna sepanjang teater itu berlangsung.

Secara keseluruhannya, penulis berpuas hati dengan persembahan teater ini yang cukup memberikan nilai-nilai murni dan pengajaran di akhir ceritanya.

Mungkin selepas ini, Istana Budaya boleh mengangkat lagi beberapa tema cerita klasik dongeng Melayu yang mungkin jarang diketengahkan agar dapat memberi pendedahan kepada semua peminat teater di luar sana. – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  Juliana Johar
Foto:  Instagram Juliana Evans dan Selebriti Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori