Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

RON97 Naik Lagi 7...

PUTRAJAYA - Harga minyak RON97 naik sebanyak 7 sen iaitu daripada RM2.54 seliter...

Austria Sasar Tarik Banyak...

KUALA LUMPUR - Austria berhasrat menarik lebih banyak syarikat Malaysia melabur di negara...

Dron Tak Dibenarkan Di...

SETIU - Penggunaan dron di kawasan acara sukan kuda lasak di Terengganu International Endurance...

SPR Pahang Lupus Kertas...

KUANTAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang hari ini melupuskan kesemua kertas undi...

Juara Parodi Minggu Ini Dibatalkan, Ganti Tribute Buat Yus

PEMERGIAN mengejut pelawak Yus Jambu pastinya meninggalkan kesan mendalam buat rakan artis yang mengenali rapat Allahyarham.

Seperti yang kita tahu, Yus terlibat dengan program Juara Parodi yang baharu sahaja memasuki minggu ketiga pertandingan.

Namun, Allah lebih menyayanginya dan sehingga kini tidak diketahui perancangan terbaharu kumpulan Kobis Pedas yang dianggotai arwah dan Tauke, serta bergandingan dengan penyanyi Misha Omar.

Bagi menghormati pemergian Yus, pengasas Juara Parodi, Afdlin Shauki menyatakan minggu ini program tersebut akan dihentikan seketika dan digantikan satu rancangan tribute khas buat Yus.

Program tribute itu akan berkongsikan kisah rakan-rakan seangkatan, nyanyian lagu ketuhanan, bacaan puisi, sajak dan tazkirah.


parodi

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Yus atau nama sebenarnya, Yussry Edoo. Semoga arwah ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman. Amin. – MYNEWSHUB.CC

Maharaja Lawak Mega 2013

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori