• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Itu Harta Saya Dan Bukannya Saya Mencuri” – TMJ

oleh Ahmad Albab
30/12/2015
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Ya, saya suka menunjukkannya. Itu harta saya, dan bukannya saya mencurinya”.

Demikian titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengulas ritikan segelintir pihak kononnya baginda suka menunjukkan kekayaannya kepada umum.

Titah Tunku Ismail, baginda tidak seperti segelintir pihak lain yang berharta tetapi tidak menunjukkan kerana sebab-sebab tertentu.

“Saya tidak terkejut mengapa sesetengah orang berdiam sahaja, kerana ada yang menerimanya daripada melobi Kerajaan Persekutuan dan mungkin juga daripada rakyat tentulah mereka takkan menghebahkannya.

“Saya lebih berterus terang. Harta saya daripada hasil estet kelapa sawit dan pegangan saham saya dalam syarikat-syarikat yang melabur di negeri Johor. Saya tiada berahsia,” titah baginda menerusi laman Facebook Johor Souhtern Tigers semalam.

Titah Tunku Ismail, baginda mempersoalkan pihak yang tidak senang dengan tindakannya menunjukkan hartanya kepada umum kerana itu adalah urusannya.

“Kenapa ada yang tidak senang dengan hal tersebut? Anda mahukan seperti itu? Berusahalah bersungguh-sungguh. InsyaAllah, dengan izin Allah, anda juga mampu mencapainya,” titah baginda lagi.

Baginda yang juga Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negara Johor (PBNJ) dalam pada itu menerangkan keputusan mengambil bekas pemain Terengganu, Paulo Rangel sebagai pemain import baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) dibuat oleh jurulatih Mario Gomez.

Titah baginda, Mario dikuasa dan ruang sepenuhnya oleh pihak pengurusan untuk membuat keputusan siapa yang beliau mahu serapkan ke dalam pasukan JDT.

“Sekiranya ianya berhasil, sudah bagus. Sekiranya tidak berhasil, ubahlah. Hidup ini mudah, jangan sulitkan keadaan,” titah Tunku Ismail. – mynewshub.cc

 

RESTORAN Laman Santai Kuala Selangor....indah dan sedap....pilihan ramai
RESTORAN Laman Santai Kuala Selangor….indah dan sedap….pilihan ramai (IKLAN)

Tags: hartaTMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

23/07/2026
0

PAROI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat bekas menteri yang semasa hayatnya sering melaungkan hidup Melayu, tetapi...

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd