Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

[TIDAK RASMI] Calon BN...

PETALING JAYA : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Felicia Wong...

Menarik.. Kisah Mona Fandey...

PASTI anda tertanya-tanya siapakah gerangannya pemilik nama Maznah Ismail, tetapi bila disebut nama...

Izin Suami Kahwin Lain...

PELIK bin ajaib!Iyelah, wanita manalah yang rela hati mengizinkan suami berkahwin dengan wanita...

Dua Beradik Ditemui Lemas...

PEKAN - Dua beradik yang dilaporkan hilang Jumaat lepas ditemui mati lemas di...

Imigresen Kedah Tahan 32 Pati Dalam Ops Sapu Di Jitra

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Kedah menahan 32 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Sapu di sebuah kilang di Mukim Hosba, Jitra semalam.

Pengarahnya Mohamad Yusri Hashim berkata operasi pada pukul 3.35 petang itu menyasarkan sebuah kilang menghasilkan siling plaster dengan menjalankan pemeriksaan ke atas 32 PATI dan warga tempatan.

“Kita telah menahan 10 lelaki dan dua wanita Nepal, Myanmar (1), Bangladesh (1) dan sembilan lelaki, lapan wanita serta seorang kanak-kanak Thailand berumur antara 4 dan 53 tahun berjaya ditahan. Seorang lelaki tempatan berumur 43 tahun turut ditahan kerana melindungi PATI.

“Kebanyakan PATI yang ditahan didapati melanggar syarat pas lawatan sosial dengan bekerja secara tidak sah di kilang terbabit serta tidak memiliki dokumen perjalanan sah,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.


Mohamad Yusri berkata kesemua PATI yang ditahan ditempatkan di lokap Imigresen di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Depoh Imigresen Belantik, Sik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori