• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Muda Bersama 2 Anak Terselamat Dalam Kebakaran

oleh Ahmad Albab
25/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang ibu muda bersama dua anaknya sempat menyelamatkan diri selepas terhidu bau asap apabila rumah teres dua tingkat mereka terbakar di Taman Jujur, Sikamat dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohammad Idris, berkata kebakaran pada kira-kira pukul 11 pagi itu dipercayai bermula di tingkat atas, memusnahkan sepenuhnya kediaman terbabit, dan kemudian merebak ke dua rumah lain yang terletak di belakang rumah berkenaan.

“Penghuni wanita berusia 20 tahun bersama dua kanak-kanak berusia empat dan enam tahun sempat menyelamatkan diri dengan keluar dari rumah sebaik terhidu bau asap.

“Kebakaran itu turut merebak ke kawasan lain, namun, kami sempat mengawal keadaan dan dua rumah yang berada di bahagian belakang terbakar sebanyak 20 peratus,” katanya.

Mohamad berkata punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pukul 11.04 pagi dan dua jentera dengan 15 anggota tiba ke lokasi kejadian enam minit kemudian.

“Pihak kami mengambil masa kira-kira 26 minit untuk memadamkan api sepenuhnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ibukebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd