• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukuman Lebih Berat Ibu Bapa, Penjaga Kanak-Kanak Cuai

oleh Ahmad Albab
02/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Kanak-Kanak (Pindaan) 2015 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini akan memberi hukuman yang lebih berat kepada ibu bapa dan penjaga yang cuai dalam penjagaan kanak-kanak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kementerian memandang serius kes-kes kecuaian melibatkan penjagaan kanak-kanak dan kerana itu hukuman itu perlu dikuatkuasakan kelak untuk memberi pengajaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Ini satu pencegahan supaya tidak berlaku lagi pengabaian dan penganiayaan kepada kanak-kanak,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Menurutnya, jika rang pindaan itu diluluskan, hukuman denda pemenjaraan di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 itu akan dinaikkan dari denda RM20,000 kepada RM50,000 dan penjara dari 10 tahun kepada 20 tahun.

Rohani berkata selain perkara tersebut, pindaan itu juga akan memansuhkan hukuman sebatan kepada kanak-kanak yang melakukan kesalahan jenayah yang sebelum ini diputuskan mahkamah.

Beliau berkata Perintah Khidmat Masyarakat turut diperkenalkan di dalam rang itu untuk dilaksanakan ke atas kanak-kanak yang melakukan jenayah, pesalah dewasa yang mendera atau mengabai kanak-kanak.

“Hukuman ini supaya pesalah boleh diberikan pemulihan atau rehabilitasi dengan melaksanakan atau melalui kerja komuniti, kaunseling dan program-program keinsafan dan keibubapaan,” katanya.

Turut diberi perhatian dalam rang tersebut adalah penempatan kanak-kanak dalam “Penjagaan Berasaskan Keluarga” bagi kanak-kanak yang
memerlukan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan termasuk yang menjadi mangsa dera, terabai dan tidak terkawal, kata Anggota Parlimen Batang Lupar itu.

Menurut Rohani, pindaan itu jika diluluskan Parlimen, akan dikuatkuasakan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Penjara.

Pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, Rohani membentangkan Rang Undang-undang Kanak-kanak (Pindaan) 2015 bertujuan untuk meminda Akta Kanak-kanak 2011 (Akta 611) terutamanya bertujuan untuk meningkatkan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]SJ8rtXZRsYk[/wpdevart_youtube]

Tags: Rohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tingkat Kemudahan Perumahan & Persekitaran

11/07/2017
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu meningkatkan keperluan perumahan dan persekitaran selesa bagi mencapai indeks kesejahteraan keluarga yang lebih baik, kata...

Warga Emas Mungkin Boleh Kerja Selepas Usia 60 Tahun

08/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia mengkaji mekanisme bagi membolehkan warga emas terus aktif dalam alam pekerjaan selepas menjangkaui umur 60...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd