• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasan Peroleh Ganti Rugi RM200,000 Menang Kes Saman

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati) Datuk Dr Hasan Mohamed Ali hari ini berjaya memperoleh ganti rugi RM200,000 selepas menang kes saman yang dikemukakan terhadap bekas Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Saman tersebut difailkan Hasan berhubung kenyataan yang dikeluarkan Anggota Parlimen Pokok Sena itu yang mendakwa beliau menerima bantuan kerajaan dalam setiap siri ceramahnya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan saman Hasan selaku plaintif terhadap Mahfuz yang dinamakan sebagai defendan dalam saman yang difailkan pada 12 April 2012.

Mahkamah memerintahkan Mahfuz membayar kos RM30,000 kepada Hasan.

Dalam penghakimannya, Nor Bee berkata mahkamah mendapati defendan (Mahfuz) mempunyai niat jahat semasa mengeluarkan kenyataan itu.

Nor Bee berkata kenyataan berkenaan jika dibaca secara keseluruhan boleh menyebabkan plaintif dipandang serong dan disifatkan sebagai seorang yang tidak jujur selain tidak layak memegang jawatan dalam politik.

“Kenyataan itu jika difahami dalam maksud semula jadi dan biasa, ia berupaya memberikan pandangan seperti yang dinyatakan plaintif (Hasan) dalam pernyataan tuntutannya,” katanya.

Menerusi pernyataan tuntutan itu, Hasan mendakwa Mahfuz telah mengeluarkan kenyataan fitnah dalam satu sidang akhbar pada 2 Mac 2012 dan ia diterbitkan di beberapa akhbar serta laman portal.

Hasan menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan satu injunksi menghalang Mahfuz mengulangi kata-kata fitnah tersebut.

Hasan diwakili peguam Y.S Ling manakala peguam Surya Putra Mohamed Taulan bertindak bagi pihak Mahfuz. Bagaimanapun plaintif dan defendan tidak hadir pada prosiding hari ini. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]w4WT04yaOuA[/wpdevart_youtube]

Tags: saman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memulakan tindakan saman sebanyak RM5 juta terhadap beberapa pihak...

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd