• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gunakan Media Sosial Untuk Kebaikan – Salleh

oleh Ahmad Albab
15/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Rakyat negara ini diminta lebih berhati-hati dan bijak menggunakan media sosial dengan memanfaatkannya hanya untuk perkara kebaikan kepada diri, masyarakat dan negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata rakyat Malaysia tidak harus menyalah gunakan kemudahan itu untuk perkara yang boleh memecah-belahkan perpaduan masyarakat di negara ini.

“Media sosial satu keperluan kepada masyarakat. Banyak urusan menggunakan media sosial. Jadi bukan semua perkara dalam media sosial itu buruk. Yang penting, sebagai pengguna kita harus menggunakan media sosial ini untuk kebaikan dan boleh dimanfaatkan oleh masyarakat,” katanya.

Salleh berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucap utama bertajuk ‘Peranan Penjawat Awam Dalam Penyebaran Maklumat Melalui Media Sosial’ di hadapan penjawat awam persekutuan di Kompleks Pentadbiran Persekutuan, di sini hari ini.

Salleh berkata Malaysia mengambil pendirian tidak menyekat penggunaan media sosial dalam kalangan rakyat di negara ini seperti diamalkan di beberapa negara, termasuk negara kuasa besar atas kesedaran media sosial banyak kebaikan dan perlu dilihat dari sudut positifnya.

Beliau berkata dengan menyekat penggunaan media sosial, ia akan menjejaskan daya saing Malaysia di peringkat global, sekali gus boleh membantutkan usaha Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju.

“Malaysia ingin menuju sebagai negara maju dan kita juga berjanji kepada dunia, kita adalah sebuah negara yang tidak akan menyekat perkembangan teknologi seperti ini (media sosial).

“Tetapi, ini tidak bererti mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan media sosial, undang-undang tidak akan digunakan (ke atas mereka),” katanya.

Bagi pihak kerajaan, Salleh berkata kementeriannya akan terus mendidik rakyat Malaysia mengenai kebaikan media sosial serta pentingnya medium komunikasi itu digunakan sebaik-baiknya.

Terdahulu dalam ucap utamanya, Salleh mengingatkan penjawat awam persekutuan di Sabah agar menggunakan media sosial secara lebih bertanggungjawab, dan untuk membantu mereka meningkatkan prestasi perkhidmatan kepada masyarakat.

Beliau berkata media sosial harus digunakan untuk menyalurkan maklumat sahih kepada masyarakat serta memperoleh maklum balas daripada mereka bagi membolehkan tindakan pantas dapat ambil bagi menyelesaikan sebarang masalah.

“Dunia sekarang tidak lagi seperti dahulu. Penjawat awam tidak boleh lari daripada media sosial. Saya harap, gunakan sebaik-baiknya media sosial ini.

Bukannya untuk terlibat dalam viral benda yang tidak ada kesahihannya. Kita jangan terlibat dalam perkara sedemikian,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]3Byzdby5yAM[/wpdevart_youtube]

Tags: media sosial
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seei Anwar Ibrahim menzahirkan luahan hati muhasabah diri menerusi hantaran di media sosial hari...

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd