• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fajar Kemenangan Islam Semakin Menyingsing – Nik Abduh

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Fajar kemenangan Islam semakin menyinsing di Malaysia melalui kerjasama di antara PAS dan UMNO yang menuruti Al-Quran dan Sunnah.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kerjasama itu juga bukan satu pertarungan sebaliknya persaingan yang sihat dan terbuka.

Justeru, beliau meminta seluruh jentera PAS terus beramal dan berjihad demi memenuhi harapan negara melihat umat Islam yang berpegang teguh pada tali Allah.

“Lalu mereka bersatu padu dan tidak berpecah belah dalam membangunkan negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nik Mohamad Abduh berkata, kerjasama PAS dan UMNO itu juga langkah keikhlasan, kesungguhan dan keberanian untuk bertindak demi kepentingan agama dan rakyat.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sewaktu menyertai Multaqa Serantau Alumni Al- Azhar Malaysia 2015 di sini kelmarin menyeru supaya seluruh umat Islam bersatu padu.

Najib secara terbuka turut menghulurkan salam persaudaraan kepada Abdul Hadi dan perkembangan positif itu dilihat ramai pihak merintis jalan perpaduan antara PAS dan UMNO.

Senario baharu hubungan diantara dua parti terbesar kaum Melayu itu bagaimanapun mengundang keresahan pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan kerana khuatir perkembangan itu boleh menjejaskan usaha mereka untuk merampas kuasa pentadbiran Kerajaan Persekutuan. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]Mn0qjmth_cw[/wpdevart_youtube]

Tags: Nik Abduh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ayahanda Allahyarham Nik Aziz Lebih Banyak Berdoa Untuk Kesatuan Islam Dan Melayu – Nik Abduh

Ayahanda Allahyarham Nik Aziz Lebih Banyak Berdoa Untuk Kesatuan Islam Dan Melayu – Nik Abduh

13/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa hayatnya jauh lebih banyak...

Nik Abduh Seru ‘Ceplos’ Baca Jawapan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Tahun 2024 Mengenai Hukum Kutipan Derma Bayar Denda Mahkamah

Nik Abduh Seru ‘Ceplos’ Baca Jawapan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Tahun 2024 Mengenai Hukum Kutipan Derma Bayar Denda Mahkamah

12/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkongsi penjelasan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan beberapa tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd