Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kisah Muhyiddin Dan DAP

Ada pula pencacai yang mahu menegak benang basah. Dia kata langkah Sheraton oleh...

Usul Ku Li Dicalon...

KOTA BHARU - UMNO Cawangan Banggol Lepah, Ketereh, di sini, mencalonkan Ahli Parlimen...

Zahid Sedar Ada Usaha...

BONGKAR... Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tahu adanya usaha orang tengah yang...

Amira Akur Lakonan Dikritik...

KUALA LUMPUR - Penyanyi yang baru saja berjinak-jinak dalam bidang lakonan, Amira Othman...

Donald Trump ‘Tidak Layak’ Jadi Presiden AS – White House

WHITE HOUSE hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa Donald Trump ‘tidak layak’ untuk menyandang jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Ini susulan cadangan yang dilemparkan oleh calon pemimpin Parti Demokrat itu, untuk melarang umat Islam menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat atas dasar menjaga keselamatan dan ketenteraman rakyat di sana.

Baca: Donald Trump Gesa Larang Umat Islam Jejak Kaki Ke AS

Juga: Insiden Tembakan Di California ‘Agenda Pengganas’ – FBI

Setiausaha akhbar White House John Earnest berkata, kenyataan Trump itu tidak sepatutnya dikeluarkan. Disebabkan kenyataan pedas berkenaan, jelas beliau ‘tidak layak’ untuk menduduki kerusi Presiden AS.

Earnest menambah, setiap calon Presiden dari Parti Republikan yang menyokong usul Trump juga ‘tidak layak’ menyandang jawatan berprofil tinggi itu.

Setiausaha negara John Kerry turut membidas kenyataan Trump. Beliau berkata, AS sentiasa komited dalam menghormati setiap agama dan bangsa tanpa sebarang unsur diskriminasi.


Tidak ketinggalan membidas kenyataan Trump ialah jurucakap Pentagon, Peter Cook. Ujarnya, kenyataan seperti dilemparkan Trump itulah yang akan meletakkan keselamatan negara AS dalam keadaan berisiko tinggi dan berbahaya.

Jelasnya, AS kini sedang berusaha menjalin kerjasama dengan semua negara Islam untuk sama-sama berjuang menentang keganasan ISIS. – CNN/SyafikJalil

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori