• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masjid Dekat San Bernardino Pula Dibakar

oleh AK-47
22/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

COACHELLA (Amerika Syarikat) – Susulan insiden tembakan rambang yang berlaku di San Bernardino, California baru-baru ini yang mengorbankan 14 nyawa, sebuah masjid di selatan California menjadi mangsa terbaharu.

Rumah Allah yang terletak hanya kira-kira 120 kilometer dari lokasi kejadian tembakan pengganas itu telah dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab, menurut laporan media tempatan.

Baca: 14 Maut Insiden Tembakan Di Pusat OKU Di Caifornia

Juga: Baling Kepala Babi Depan Pusat Islam; Muslim Dibenci Di AS

Jurucakap Jabatan Bomba Riverside County berkata, kejadian dilaporkan berlaku selepas tengah hari Jumaat di Pusat Islam Palm Springs. Api kelihatan marak di bangunan kecil di lobi hadapan pusat Islam tersebut.

Kebakaran itu berjaya dikawal dan setakat ini tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Laura Eimiller yang merupakan jurucakap Jabatan Sheriff Riverside County bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai insiden tersebut.

Beliau juga menolak sebarang andaian yang mengatakan ia berpunca daripada perasaan dendam dan khianat.

Tambahnya, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) kini sedang dibantu pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan siasatan berhubung insiden itu serta mengenal pasti punca sebenar kebakaran.

Sebelum ini pada November 2014, masjid tersebut juga pernah terlibat dengan kejadian tembakan, namun tiada nyawa dilaporkan terkorban. Kes itu masih disiasat sehingga kini oleh pihak berkuasa. – Sumber: BH Online

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=qZKk5sTF8Ag]

Tags: masjidSan Bernardino
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

21/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak yang membantah pembinaan masjid di hadapan hadapan Menara Tun Razak Exchange (TRX) di sini wajar dilucut...

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta melihat semula pengiktirafan kepada Majlis Perundingan Malaysia bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd