• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei Perlu Kuatkan Mental Untuk Raih Emas Olimpik

oleh Ahmad Albab
15/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei perlu kekuatan mental jika berhasrat meraih pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil, tahun depan.

Legenda badminton dunia, Taufik Hidayat dari Indonesia berkata Chong Wei masih cergas dan kompetitif setanding pemain nombor satu dunia masa kini, walaupun sudah mencecah usia 33 tahun.

Taufik percaya Chong Wei berpeluang cerah meraih pingat emas di Olimpik, walaupun memahami keadaan Chong Wei yang berdepan tekanan tinggi kerana beliau adalah harapan Malaysia bagi mendapatkan pingat emas pertama itu.

“Seperti saya dahulu, Indonesia mengharapkan saya meraih pingat emas di Sukan Olimpik 2004 di Athen. Saya berpendapat Chong Wei perlu kuatkan mental. “Tahun depan adalah peluang terakhirnya. Bagi saya Indonesia ataupun Malaysia, badminton adalah sukan nombor satu,” katanya kepada pemberita selepas sesi bual bicara bersama legenda badminton, di sebuah hotel di sini hari ini.

Taufik adalah pemenang pingat emas perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2004, juara dunia 2005 dan tiga kali pemenang pingat emas Sukan Asia pada 1998, 2002 dan 2006.

Dalam pada itu, Taufik berkata Indonesia juga berdepan masalah sama seperti Malaysia dalam mencari pemain perseorangan lelaki yang boleh mencapai standard dunia.

“Kami ada perancangan (dalam perseorangan lelaki) tetapi perlu melalui proses yang panjang. Tetapi kami masih ada pemain beregu dan beregu campuran yang bagus,” katanya.

Badminton di Asia Tenggara perlu lebih meningkat, kita tidak mahu tiada wakil dari Asia Tenggara di Sukan Olimpik. Sekarang kita ada Datuk Lee Chong Wei yang masih boleh beraksi, kata Taufik. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]gyMbUO7f9kY[/wpdevart_youtube]

Tags: Lee Chong Wei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd