Sunday, April 14, 2024

Creating liberating content

AMM Gesa Lanjut PKP...

SHAH ALAM - Akademi Perubatan Malaysia (AMM) menggesa kerajaan supaya melanjutkan Perintah Kawalan...

Salut..! Ayda Jebat Sudah...

POPULARITI Ayda Jebat boleh dikatakan melonjak secara drastik sejak dia membintangi drama Rindu Awak...

Angka Maut Kebakaran Greece...

ATHENS - Pasukan bomba Greece berkata sekurang-kurangnya 91 orang maut dalam kebakaran yang...

Gambar Budak Diserang Angsa...

SEORANG kanak-kanak, Summer Gidden, tidak bernasib baik apabila dia diserang oleh seekor angsa...

Chef Wan Tersentuh Dengan Keperibadian Tunku Abdul Jalil

SELAIN Datuk Siti Nurhaliza, cef No.1 negara, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan turut berkongsi pengalaman beliau ketika pertama kali disapa Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim Ismail.

Menulis pengalaman peribadi menerusi laman Instagram beliau, Chef Wan berkata, kisah pertemuan mereka berdua bermula ketika berada dalam satu penerbangan yang secara kebetulan adalah sama beberapa tahun lalu.

Tanpa mengenali itu adalah Tunku Abdul Jalil, Chef Wan menceritakan kembali bila mana Almarhum bersalam dengannya dan berkata, “Hi, boleh saya bersalam dengan Chef Wan dan saya merupakan peminat setia Chef Wan.

“Saya dan kakak selalu bermain masak-masak depan televisyen ketika menyaksikan program masakan oleh Chef Wan. Anda sentiasa buat saya ketawa.

Baca: Tunku Abdul Jalil Mangkat, Siti Hilang Teman Gurau Senda

Kemudiannya, Tunku Abdul Jalil mengajak Chef Wan bertukar kerusi dan duduk di sebelahnya bagi membolehkan mereka berborak dengan lebih selesa sepanjang penerbangan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur itu.

Ketika itu, Chef Wan bertanya putera berjiwa rakyat tersebut bekerja sebagai apa tanpa sekalipun beliau langsung menyedari yang berada di sebelahnya pada masa itu sebenarnya ialah Tunku Abdul Jalil.

Jawab Almarhum, baginda sedang menjalani latihan kepolisan dan lantas mendengar jawapan itu, Chef Wan menasihatkan Tunku Abdul Jalil agar makan lebih lagi memandangkan keadaan baginda sangat kurus waktu itu.


Hanya ketika Tunku Abdul Jalil menghadiahkan Chef Wan senaskhah buku mengenai sejarah diraja Johor, baharulah cef itu sedar anak muda yang sangat merendah diri dan baik hati itu adalah anakanda kepada Sultan dan Permaisuri Johor.

Menitipkan ucapan salam takziah buat kerabat diraja Johor, Chef Wan mendoakan agar roh baginda dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang soleh dan beriman. – MYNEWSHUB.CC

Alfatihah to a beautiful person that i got to know off once sitting infront of me to approached me for the 1st time and salam my hand and Said ” Hi can i shake your hand as i am your big fan.Me and my sister used to main masak2 infront of the TV while CW is talking.U always make me laugh. He asked me if i would move to the front seat with him so that we can chat comfortably on our flight from JB to KL. Saya tanya dia ” U kerja dimana? Oh saya tengah training dgn Polis di Raja.Saya kata oh mcm ni kena la makan lebih lagi to beef yourself up. I didnt not have the slightest idea that he was actually not well. He laughed and then said ” tapi some day saya nak rasa CW masak boleh? I said ” Insyallah jika saya ada restaurant or buat cooking demo boleh la dtg rasa.” Sudi ke CW terima hadiah dari saya, he said lagi. I said hadiah apa tu? He took out a book from his bag on the history of the Johor Sultanate. I said to him ” Oh are u a writer too? He said no..but this book was commisioned by my dad! He signed the book and only at that time i knew that he is Tunku Jalil anakanda to his Highness Tuanku Sultan of Johor! We chat and talked through out the duration of the flight. He was so polite and such a respectful man. Has alot of passion and love for animals too. Just a while ago to hear this new of him passing away was indeed very sad moment for this country. He was indeed a very brave man. I cannot imagine the pain of the Johor Royal family to loose such a beautiful member of their family and sedeh nya ter amat sangat. Saya sendiri yg mengenali beliau buat seketika itu pun terasa how down to earth and kind Tunku Jalil is. What a year to end loosing so many talented and beautiful people in this country. May Allah blessed his soul and place him in Jannah. Alfatihah.

A photo posted by chef wan (@chefwan58) on

In memoriam: Tunku Abdul Jalil

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori