• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Karam: Operasi SAR Diteruskan Cari Seorang Lagi Mangsa

oleh Ahmad Albab
25/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa bot panjang karam di Long Buyun dekat Belaga diteruskan bermula 9 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Belaga DSP Melay Tingom ketika dihubungi berkata seorang lagi mangsa yang masih hilang ialah Sumitasen Thomas, 15.

“Operasi SAR hari ini disertai 55 orang terdiri daripada 14 anggota polis, empat anggota Unit Udara Bomba, 17 anggota Bomba dan Penyelamat Balai Bintulu, tujuh Polis Bantuan Empangan Hidro Bakun, 10 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia,” katanya.

Semalam operasi SAR menemukan dua mayat mangsa iaitu Adriana Rosnah, 12, dan Nur Amirsha, 4 tahun.

Mayat Sahirza Mahir, 31, ibu kepada Nur Amirsha dari Sipitang, Sabah sudah ditemui pagi Rabu.

Dalam kejadian 7 malam 22 Dis lepas, sebuah bot panjang yang dinaiki sembilan orang, seorang lelaki dan lapan wanita dalam perjalanan dari pekan Belaga ke Rumah Tanjung di Long Pawah karam berhampiran Long Buyun.

Lima mangsa, seorang lelaki dan empat wanita terselamat, bagaimanapun empat mangsa perempuan hilang dalam kejadian tersebut. – BERNAMA

Tags: bot karamsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd