• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Kelantan Tetapkan Masa Respons 1 Minit Ketika Banjir

oleh Ahmad Albab
08/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menetapkan masa respons kepada satu minit selepas menerima panggilan sepanjang musim tengkujuh ini.

Pengarahnya Azmi Osman berkata penetapan masa itu dibuat bagi mempercepat tindakan menyelamat mangsa hasil penambahbaikan yang dilakukan selepas mengambil iktibar kejadian banjir besar yang melanda negeri ini pada tahun lepas.

“Kami tak mahu ada kelewatan masa lagi selepas ini kerana ada dakwaan mengatakan agensi ini lambat bertindak. Kami buat persediaan di tahap maksimum pada tahun ini.

“Selain itu, kami juga membuat koordinasi yang lebih baik dengan agensi penyelamat lain,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra JBPM Kelantan Bersama Media di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Kelantan di sini, malam tadi.

Hadir sama Timbalan Presiden Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) Zailani Abd Rahman dan 60 pengamal media.

Mengulas lanjut, Azmi berkata agensi itu juga menyusun jadual bertugas pegawai dan anggotanya dengan lebih baik pada kali ini agar operasi menyelamat berjalan lebih lancar.

“Pada tahun ini, kami akan pastikan pegawai dan anggota tidak akan bertugas lebih daripada tempoh 24 jam sehari kerana ia bukan sahaja meletihkan fizikal mereka, malah mental juga mudah terganggu.

“Ia sekali gus akan melemahkan semangat mereka untuk menjalan operasi menyelamat mangsa banjir,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan penduduk di kawasan banjir terutama di Rantau Panjang di Pasir Mas agar tidak menghalang lalu lintas kerana berpesta air.

“Sering kali musim banjir tiba, penduduk ambil kesempatan main air dan meletakkan kenderaan di atas jalan sehingga mengganggu lalu lintas.

“Ia sebenarnya mengganggu tugas agensi penyelamat untuk melakukan operasi kerana kami bukan sahaja berdepan dengan banjir ketika itu, malah kebakaran juga mungkin berlaku,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirBomba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd