• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Maut, Terjatuh Tingkat 3 Depan Mata Bapa

oleh Ahmad Albab
01/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Selama – Kanak-kanak lelaki lima tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga kuaters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama, malam tadi.

Dalam kejadian 11 malam itu, mangsa, Aqeef Nifael Sharhafizie Afzal, bersama ibu bapanya dan baru pulang dari bercuti.

Mangsa dikatakan naik bersama ibunya ke rumah mereka yang terletak di tingkat tiga, sementara bapanya dan anak kedua sedang berkemas di kereta untuk naik ke rumah.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Loo Lian Lay berkata, ketika bapa mangsa dalam perjalanan di koridor ke lif, beliau menyaksikan  mangsa tiba-tiba jatuh ke tepi longkang di blok Felicia, di depan matanya.

Katanya, ketika kejadian, tiada saksi lain selain kedua ibu bapa mangsa.

“Hasil pemeriksaan awal daripada pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Mayat kemudian dibawa ke Hospital Selama untuk dibedah siasat dan jenazah akan dibawa ke kampung halaman ibu bapanya di Sungai Petani untuk pengebumian,” katanya. – myMetro Online

Tags: jatuh bangunanmaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd