Thursday, October 10, 2024

Creating liberating content

Raheem Sterling Tinggalkan Liverpool?

LIVERPOOL yakin Raheem Sterling tidak merancang untuk meninggalkan kelab tersebut dan akan menandatangani...

Gaya Marian Caunter Yang...

Siapa yang tidak kenal selebriti yang sering dianggap seperti Cinderella ini.Menjadi permaisuri kepada...

Neymar Mahu Kekal Di...

PARIS - Dalam satu temuramah bersama stesen penyiaran Catalan, TV3 di Barcelona, Neymar...

Kereta BMW Terbakar Tiba-Tiba...

Cemas dan takut ,itu yang dialami oleh seorang ahli perniagaan ketika kereta BMW...

Akhirnya… Lisa, Yusry Dedahkan Wajah Puteri Kesayangan

SETELAH dua bulan peminat ternanti-nantikan wajah permata hati pasangan selebriti Lisa Surihani dan Yusry Abd Halim, akhirnya pasangan ini sepakat mendedahkan Yahaira Leanne kepada peminat di luar sana.

Menerusi akaun Instagram, Yusri menulis,

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Kami amat bersyukur atas kehadiran Yahaira dalam hidup kami. Tidak pernah ada niat di hati untuk ‘sorokkan anak’ seperti didakwa sesetengah. Cuma sebagai bapa, saya mahu anak saya membesar dengan cara paling normal dan sederhana. Anak yang dapat membesar seperti ibubapanya sendiri dulu dan kanak-kanak yang lain hari ini. Saya pos kan gambar kami sekeluarga kerana semalam hari bersejarah untuk kami dan hari yang penting buat Yahaira. Dengan terbitnya gambar ini, insha Allah anak yang tidak berdosa ini tidak akan diberi pujian melampau mahupun dikeji. Janganlah juga ibunya terus dipersalahkan kiranya mahu anaknya membesar secara sederhana. Hidup sebagai selebriti tidak pernah di’pilih’ oleh anak kami ini. Untuk Yahaira, bila dah pandai baca & faham pos ni; Mummy & Daddy are doing this because we think it is best for you. We might not know it all but we are trying to bring you up like how your grandparents raised us. Jadilah seorang yang bertanggungjawab, seorang yang berguna kepada masyarakat dan hamba yang selalu di sisi Allah. Amin

A photo posted by YusryKRU (@yusrykru) on

Akhirnya, terjawab sudah penantian peminat-peminat setia Lisa dan Yusry.. Untuk pengetahuan, Yahaira dilahirkan pada 15 September lalu di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar. Lisa, 29, dan Yusry, 42, diijabkabulkan pada 23 Februari 2012 setelah beberapa tahun menyulam cinta. – MYNEWSHUB.CC 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori