• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Terjun Belukar Bukit Ditutup Sementara

oleh Ahmad Albab
22/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Kerajaan Negeri Terengganu menutup sementara kawasan Air Terjun Belukar Bukit di Hulu Terengganu susulan tragedi lima sekeluarga lemas ketika berkelah di kawasan itu pada Sabtu.

Menteri Besar Terenggau, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata beliau telah mengarahkan Pejabat Daerah Hulu Terengganu segera menutup sementara kawasan itu daripada dikunjungi orang ramai.

“Saya turut mengarahkan Pejabat Perhutanan untuk mengenal pasti tempat-tempat rekreasi bagi menghalang sebarang aktiviti air terutamanya pada musim tengkujuh sekarang.

“Kita juga meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk memberikan cadangan bagaimana sistem amaran kecemasan dapat diwujudkan di tempat-tempat perkelahan supaya pengunjung dapat mengetahui lebih awal jika berlakunya limpahan air secara mengejut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa melawat Mohd. Hasif Abdul Halim, 9; yang selamat dalam tragedi maut itu.

Bapanya Abdul Halim Samian, 44; ibunya Nurul Adila @ Salwati Awang, 39; serta tiga kakaknya Nurul Arifah, 16; Nurul Aina, 11; dan Nurul Izah, 10; lemas semasa mandi manda di kawasan perkelahan itu pagi 19 Disember.

Keluarga itu tinggal di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.

Ahmad Razif berkata kerajaan negeri akan memasang tanda amaran di kawasan-kawasan rekreasi seperti yang yang dilakukan di kawasan perkelahan Sekayu, Hulu Terengganu.

“Di Sekayu, Pejabat Perhutanan telah memasang lima siren kecemasan bagi memaklumkan kepada pengunjung lebih awal jika sebarang kejadian kecemasan berlaku,” katanya.

Mengenai Mohd. Hasif yang yatim piatu susulan tragedi itu, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri bersetuju menjadikannya sebagai anak angkat di bawah kelolaan Yayasan Terengganu (YT).

Ini untuk memastikannya mendapat pendidikan sempurna selain kebajikannya dijaga sepenuhnya oleh YT.

“Namun, ia bergantung kepada keluarga bapanya. Jika Mohd Hasif dibawa pulang oleh keluarganya di Selangor, kita tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]hHApjq649n4[/wpdevart_youtube]

Tags: air terjunmati lemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

5 Sungai, Air Terjun Di Kuala Krai Risiko Dilanda Kepala Air

5 Sungai, Air Terjun Di Kuala Krai Risiko Dilanda Kepala Air

04/02/2023
0

KUALA KRAI - Lima sungai dan air terjun di Kuala Krai setakat ini dikenal pasti sebagai kawasan perkelahan yang berisiko...

Operasi Cari Pekerja Terjatuh Air Terjun Diteruskan

Operasi Cari Pekerja Terjatuh Air Terjun Diteruskan

23/12/2022
0

BESUT - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan pekerja penyelenggara yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari tingkat lima air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd