• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Pesawat TUDM Siap-Sedia Bantu Operasi Banjir

oleh Ahmad Albab
03/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Lima buah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersiap-sedia untuk membantu operasi menghadapi banjir kali ini.

Panglima TUDM Jen Datuk Seri Roslan Saad berkata lima aset yang terlibat itu ialah ialah tiga helikopter EC725, sebuah helikopter jenis Nuri dan sebuah pesawat C130.

“TUDM bersedia untuk menambah bilangan aset bergantung kepada situasi banjir dan jumlah itu sudah memadai buat masa ini.

“Selain aset yang terlibat, anggota TUDM juga telah bersedia untuk membantu mangsa banjir dengan fokus utama diberikan di negeri pantai timur,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan TUDM Tahun 2015, di Pangkalan Udara TUDM di Subang, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 45 anggota TUDM berpangkat Laskar udara Kanan (LUK) telah dinaikkan pangkat Koperal Udara (Kpl U).

Dalam perkembangan lain, Roslan berkata TUDM dijangka akan menerima lima buah pesawat Pilatus PC-7 Mark II pada Jun tahun depan.

Sehingga kini, TUDM mempunyai 16 buah pesawat itu dengan tambahan lima lagi pada tahun depan menjadikan TUDM mempunyai 21 buah PC-7 Mark II yang akan digunakan untuk latihan pelatih juruterbang, katanya.

Pada masa sama, pihaknya juga dijangka menerima pesawat Airbus A400M yang kedua hujung bulan ini selepas menerima pesawat pertama pada 9 Mac lalu.

Pesawat A400M mempunyai jangkauan operasi yang lebih jauh serta berkeupayaan untuk mengangkut kapasiti kargo yang lebih besar. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirTUDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah pesawat F/A-18D Hornet mengalami masalah enjin semasa penerbangan pulang setelah...

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

07/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dan pelanggaran disiplin membabitkan setiap warganya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd