• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Remaja Geng Samun Ditahan Di Nibong Tebal

oleh Ahmad Albab
29/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – Polis berjaya menumpaskan geng samun yang aktif menjalankan aktiviti itu di sekitar daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di sini selepas menahan empat remaja lelaki pada Ahad.

Ketua Polis Daerah SPS Supt Wan Hassan Wan Ahmad berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, pihaknya berjaya menahan empat remaja lelaki berusia 18 tahun itu di Nibong Tebal di sini.

“Susulan penahanan empat remaja yang tidak bekerja itu polis merampas sejumlah sim kad dan lima buah telefon bimbit pelbagai jenis bernilai RM4,000 bersama mereka,” katanya di sini Selasa.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mereka terlibat sekurang-kurangnya empat kes samun di SPS dan aktif menjalankan kegiatan berkenaan sejak bulan lepas.

“Berdasarkan siasatan polis juga mendapati kumpulan itu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun sebanyak dua kali di Bandar Cassia, Batu Kawan dekat sini pada Jumaat lepas,” katanya.

Wan Hassan berkata modus operandi kumpulan itu adalah menyasarkan warga asing sebagai mangsa mereka dan menjalankan kegiatan samun pada waktu malam.

Katanya mereka kini direman sehingga 2 Jan ini bagi membantu siasatan menurut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau berkata sebanyak 296 mesin judi bernilai lebih RM200,000 dilupuskan di Pejabat Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah SPS, dekat sini Selasa.

Katanya semua yang dilupuskan itu adalah barang kes yang dirampas membabitkan 272 set komputer dan 24 set mesin simulator yang dipercayai digunakan sebagai peralatan perjudian.

“Barang kes yang dilupuskan melibatkan 24 kes sejak 2011 hingga 2014 yang telah berjaya diselesaikan dan mendapat perintah mahkamah untuk dilupus.

“Peralatan itu dipercayai dimanipulasi daripada peralatan hiburan keluarga menjadi mesin judi,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes samunpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd