• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Penggal Untuk Presiden Terlalu Pendek – Khairy

oleh Ahmad Albab
08/12/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cadangan mengehadkan tempoh Presiden UMNO memegang jawatan selama dua penggal adalah terlalu pendek, kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Dalam reaksinya terhadap cadangan agar jawatan presiden dihadkan kepada dua penggal, Khairy berkata tidak banyak yang dapat dilakukan dalam tempoh berkenaan.

“Dua penggal ialah tiga tahun kali dua, apa yang boleh dibuat dalam enam tahun. Bagi saya cadangan itu terlalu pendek,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Tengah hari Perwakilan Bersama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO di sini sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang bermula hari ini.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya pada satu majlis di Kampung Baru di sini semalam mencadangkan UMNO mengehadkan tempoh presiden parti itu kepada dua penggal.

Menyatakan cadangan tersebut boleh dibincangkan, Khairy bagaimanapun menegaskan bahawa tempoh memegang jawatan utama itu perlulah munasabah bagi membolehkan Presiden UMNO melaksanakan pelbagai perancangan demi kebaikan anggota UMNO dan rakyat.

Sementara itu, Khairy berkata pergerakan itu akan membawa usul mengenai isu yang hangat diperkatakan generasi muda pada masa ini pada perhimpunan tersebut terutamanya berkaitan ekonomi dan kos sara hidup. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

06/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak tamak dalam soal pembahagian kerusi sekiranya benar-benar mahu menjayakan kerjasama politik...

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

05/09/2026
0

KALAU benar UMNO dan PAS mahu menghidupkan kembali penyatuan ummah buatlah betul-betul. Bercakap soal penyatuan tapi macam-macam cekadaknya. Banyak perbedaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd