• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Didakwa Libatkan Diri Dalam Pengubahan Wang Haram

oleh Ahmad Albab
03/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini atas pertuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah lebih RM1 juta tahun lepas.

Pemandu pelancong S.Robert, 48, menghadapi enam pertuduhan mengeluarkan RM746,400 daripada satu akaun Bank CIMB milik Mesna Medical Supplies.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa CIMB Bank Berhad di Puchong, Selangor antara 25 Jun dan 4 Julai 2014.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Jan 2016 untuk sebutan semula kes.

N.Narendran, 35, yang bekerja sendiri menghadapi empat pertuduhan menerima RM728,000 yang dimasukkan ke akaun simpanan CIMB Bank Berhad miliknya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Bandar Puteri, Puchong, Selangor antara 25 Jun dan 3 Julai 2014.

Hakim Rushan Lutfi membenarkan tertuduh diikat jamin RM160,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Jan untuk sebutan semula kes.

Beliau turut mengarahkan Narendran menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farez Rahman manakala Robert dan Narendran diwakili peguam B. Sivaruben. – BERNAMA

Tags: Jenayahlelaki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd