• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Kakitangan MBPP Ditahan Edar Dadah Bernilai RM130,000

oleh Ahmad Albab
08/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Dua kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ditahan polis selepas menemui 26 ketulan dipercayai ganja mampat bernilai RM130,000 di sebuah rumah di Jalan Rawang, Lintang P. Ramlee, Sungai Pinang dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata, bertindak atas maklumat dadah, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut menjalankan serbuan pada pukul 2.30 pagi ini dan menahan dua lelaki masing-masing berumur 38 dan 28 tahun.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal suspek yang merupakan buruh dan Penolong Pegawai Kesihatan MBPP itu dipercayai terlibat dalam aktiviti sindiket pengedaran dadah di negeri ini sejak setahun yang lalu.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah telah menjumpai satu paket berisi bahan yang disyaki ganja dan pihak polis kemudiannya membuat pemeriksaan di sebuah kereta yang diletakkan di hadapan rumah dan telah menjumpai 26 ketul ganja seberat 25,822 gram mampat dalam but kereta jenis Kia Sportage,” katanya ketika sidang media di sini Selasa.

Beliau berkata dalam operasi berkenaan polis turut merampas 30 pil ecstasy serta dua kereta iaitu Kia Sportage dan Toyota Vios, sebuah motosikal Yamaha LC serta wang tunai RM3,850 dipercayai wang hasil jualan dadah.

Mior Faridalatrash berkata kedua-dua suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: kes dadahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd