• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keadaan Banjir Di Melaka Dan Johor Semakin Baik

oleh Ahmad Albab
16/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di Melaka dan Johor bertambah baik dengan dua pusat pemindahan di Melaka ditutup petang semalam dan hari ini.

Di Melaka, pusat pemindahan di Balai Raya Bukit Balai ditutup 7 pagi ini manakala Balai Raya Kampung Panchor ditutup 5 petang semalam.

Jabatan Pertahanan Awam Melaka dalam satu kenyataan hari ini berkata mangsa banjir menurun kepada 169 orang setakat 7 pagi ini berbanding 211 orang malam tadi dan kini ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Belimbing Dalam di Alor Gajah.

Di Johor, 59 orang daripada lapan keluarga dari dua buah kampung masih berada di pusat pemindahan di Ledang setakat pukul 8 pagi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Ledang, Staf Muda (PA) Mohd Shahrizan Ab Aziz berkata kesemuanya dari Parit Ponorogo dan Tanjung Gading ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Parit Bunga ekoran hujan lebat sejak 2 hari lalu.

Katanya pusat pemindahan itu akan ditutup 12 tengah hari ini berikutan cuaca yang baik hari ini.

Di Perak, Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kolonel (PA) Mohd Noor Hassan Ashari pula berkata jumlah mangsa banjir di Kampung Padang Serai, Batu Hampar, Beruas meningkat kepada 38 orang dan ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Radhuaniah.

Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di Kampung Lorong Mesra, Changkat Jong, Teluk Intan kekal 42 orang. Mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]1WWuALvRJ4k[/wpdevart_youtube]

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd