• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPM Patahkan Cubaan 21 Pati Keluar Secara Haram

oleh Ahmad Albab
15/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua mematahkan cubaan 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai cuba menyeludup keluar dari negara ini di perairan Punggai, Sungai Rengit, dekat Kota Tinggi, awal pagi tadi.

Komandernya ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata penahanan 18 lelaki dan tiga wanita rakyat Indonesia itu dilakukan kira-kira 2.30 pagi oleh anggota PPM melalui Ops Pensura.

“Bertindak atas maklumat, anggota bot ronda PPM berjaya mengesan sebuah bot laju dari arah pantai Punggai menuju ke perairan Indonesia.

“Setelah kejar-mengejar kira-kira 15 minit, bot laju itu bertindak menghala ke daratan dan tersadai di pantai,” katanya dalam kenyataan di sini.

Khiu berkata anggota bot ronda PPM ternampak dua individu dipercayai tekong dan pembantu tekong terjun ke laut sebelum menghilangkan diri ke kawasan hutan berhampiran.

Bagaimanapun, katanya usaha mengesan kedua-dua suspek di kawasan sekitar gagal.

Khiu berkata hasil pemeriksaan terhadap bot laju tersebut menemui 21 PATI berumur antara 20 dan 40 tahun.

“Kesemua mereka termasuk bot laju itu dibawa ke Pangkalan PPM Pengerang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 pindaan 2002 kerana cuba keluar dari Malaysia melalui laluan tidak diwartakan, selain tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Atipsom) kerana penyeludupan migran.

Sehubungan itu, Khiu berkata pihaknya memberi amaran kepada PATI yang cuba keluar dari negara ini melalui jalan laut secara tidak sah, agar tidak mengambil risiko kerana laut bergelora pada musim tengkujuh.

Beliau berkata komuniti persisiran pantai juga dinasihati supaya mengambil langkah keselamatan lebih tinggi semasa menjalankan aktiviti laut atau di persisiran pantai pada musim tengkujuh ini. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]bpclmCwmWro[/wpdevart_youtube]

Tags: Pati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

03/10/2024
0

JOHOR BAHRU : Dengan bayaran kira-kira RM20,000, seorang migran Bangladesh yang transit di Singapura akan dibawa masuk dengan cara berjalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd