KITA sering diberitahu untuk mengetahui sama ada seseorang itu sedang menipu, lihatlah ke dalam matanya. ÂÂ
Bagaimana pun menurut satu kajian di Amerika Syarikat, pembohong sebenarnya menggunakan tangan mereka lebih banyak daripada orang yang sedang berlaku jujur.
Penyelidik dari Universiti Michigan mendapat keputusan ini selepas mengkaji 118 klip video untuk melihat gerak geri badan orang-orang yang tidak jujur.
Hasil kajian ini juga dirumus selepas mendapat laporan daripada Projek Innocence, sebuah pertubuhan  yang memantau kes-kes perundangan yang tersilap memenjarakan orang yang tidak bersalah.
Ternyata, orang-orang yang tidak jujur didapati lebih banyak menggunakan isyarat tangan, melakukan hubungan mata dan menganggukkan kepala mereka.
– MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=NWBTzfNDTuk]
