Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Gurauan Ekstrem… Campak...

ALAHAI.. apalah nasib lelaki ini memiliki rakan-rakan sekejam ini!Kesian sungguh mengena nasib lelaki...

Mahkamah Tolak Permohonan Exco...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak permohonan Ahli Majlis Kerajaan...

4 Kediaman Termasuk Rumah...

KUALA LUMPUR - Tiga buah rumah tanpa penghuni dan sebuah rumah kedai dua...

Brunei Lanjut 15 Hari...

BANDAR SERI BEGAWAN : Pejabat Perdana Menteri Brunei pada Khamis mengumumkan penggantungan sementara...

Kedua-Dua Tangan Isteri Hampir Putus Ditetak Suami

Tumpat : Wanita yang ditikam suami dalam kejadian di Chabang Empat di sini, petang kelmarin, mengalami kecederaan parah dengan kedua-dua tangannya hampir putus selain retak tempurung kepala dan luka di beberapa bahagian badan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Mangsa yang berusia 26 tahun dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu dan selesai menjalani pembedahan hampir lapan jam malam tadi.

Kakak mangsa yang enggan dikenali berkata, ketika ditanya kepada adiknya semasa menerima rawatan kecemasan di hospital petang kelmarin, mangsa memberitahu dia dan suami tidak bergaduh.

“Sebaliknya mereka berdua yang baharu berkahwin Februari lalu memang sedang berdepan masalah rumah tangga. Kedua-duanya menetap di Kampung Morak di sini.

“Pada kejadian petang kelmarin, saya tiada di rumah. Adik ada di biliknya sebelum lelaki itu menerjah bilik dan mereka terus bergelut.

“Tiba-tiba, adik diheret ke luar bilik terus ke dapur sebelum kepalanya dihentak ke simen serta ditikam dengan pisau sehingga rebah,” katanya dihubungi hari ini.

Wanita berusia 34 tahun itu berkata, kejadian itu menyebabkan adik perempuannya parah. Ibunya yang cuba menghalang turut mengalami luka di kepala sepanjang empat sentimeter (cm) dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.


Menurutnya lagi, mangsa ada memberitahu ingin berpisah dengan suaminya dan sebelum ini juga, dia pernah menerima ugutan akan ditikam ketika berselisih faham.

“Kami tidak sangka masalah mereka akan berakhir dengan tragedi. Emak yang sebelum ini menyara keluarga dengan menjual kuih sudah tidak mampu bekerja disebabkan kejadian itu selain trauma.

“Apa yang kami harapkan adalah pembelaan buat adik kerana dia mungkin akan mengalami kecacatan kekal kerana dua belah tangannya hampir putus dalam kejadian itu dan doktor sedang cuba yang terbaik,” katanya.

Pada kejadian jam 6.35 petang kelmarin, lelaki berusia 27 tahun itu menikam isteri dan ibu mentuanya dipercayai disebabkan perselisihan faham.

Lelaki terbabit ditahan polis di Lembah Sireh, Kota Bharu pagi semalam.

Lelaki yang memiliki empat rekod lampau itu kini direman sehingga 25 Jun ini.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori