Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

PKPB: 29 Lelaki Berkumpul...

IPOH - Tidak tahu pub masih tidak boleh beroperasi dan aktiviti berkumpul dalam premis...

Ismail Embong Tak Puas...

PETALING JAYA - Selepas Emma Maembong mengesahkan perpisahannya dengan Zizan Razak, bapa aktres...

DSV Jangan Merajuk: Anda...

KESIAN Datuk Seri Vida (DSV) merintih kecewa apabila dituduh desparado atau gila nak...

Akademi Hoki Terengganu Guna...

KUALA TERENGGANU - Akademi Hoki Terengganu akan menggunakan khidmat bekas pemain hoki kebangsaan...

Jari Tangan Kanan Peniaga Burger Putus Tersepit Mesin Pengisar Daging

KEMAMAN: Seorang peniaga burger terpaksa menahan kesakitan lebih sejam selepas tangan kanannya tersepit dalam mesin pengisar daging dalam kejadian di kediamannya, di Kerteh, dekat sini, petang semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam kejadian tersebut, wanita berusia 31 tahun itu, putus kesemua jari hingga ke pergelangan tangannya itu selepas sarung tangan getah yang dipakainya ketika proses membuat daging burger dipercayai tersangkut pada bilah mesin tersebut.

Kejadian itu disedari suaminya yang kemudiannya membawa mangsa bersama mesin pengisar tersebut ke Hospital Kemaman.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mohd. Zailani Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan 4.42 petang daripada Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk menanggalkan mesin pengisar tersebut.

“Kesemua jari wanita itu telah hancur akibat terkena bilah mata mesin pengisar.


“Kita menggunakan playar untuk membuka pengisar tersebut bagi mengeluarkan tangan mangsa,” katanya.

Mohd. Zailani berkata, ketika pihak bomba melakukan kerja-kerja meleraikan mesin pengisar tersebut, mangsa dibius oleh pegawai perubatan untuk mengurangkan kesakitannya.

“Kita mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menanggalkan mesin tersebut,” katanya.

Mohd. Zailani berkata, wanita itu kemudiannya dirawat oleh pasukan perubatan.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori