ANZALNA Nasir yang baru sahaja mengumumkan tarikh pernikahannya pada 21 Februari tahun depan bersama jejaka pilihannya Hanif Zaki, memberitahu bahawa konsep perkahwinannya kelak bercirikan perkahwinan DiRaja British.
Menjadikan Kate Middleton sebagai idola, Anzalna dan Hanif akan melangsungkan majlis mereka persis perkahwinan Kate Middleton dan Putera William.
“Saya suka konsep perkahwinan Diraja British persis Kate Middleton kerana beliau merupakan idola saya. Tarikh perkahwinan saya pun sama dengan tarikh perkahwinannya dengan Putera William,â€Â katanya.
Anzalna turut memberitahu bahawa adat perkahwinan Melayu tidak dilupakan kerana dia dan bakal suami akan memakai baju tradisional semasa persandingan mereka di Dewan Perdana Felda pada 3 April 2016.
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=E8sQIti_9-A]