Wednesday, June 19, 2024

Creating liberating content

Kenapa Proton Wira Jadi...

SUATU masa dahulu, kereta Proton Wira merupakan model kereta yang paling banyak dilihat...

Kerajaan Selangor Lulus Kuil...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor telah bersetuju untuk mengazetkan kawasan seluas satu ekar...

Musa Aman Bebas 5...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan bekas ketua menteri...

Uqasha Senrose Mahu Berehat...

PETALING JAYA - Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), David Teo memberitahu...

Menepati Ramalan, Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza 2015

MENEPATI jangkaan ramai, Siti Nordiana merangkul tempat pertama program pertandingan nyanyian Gegar Vaganza 2015. Persembahannya yang cukup menarik dan memberangsangkan melayakkan penyanyi yang mesra digelar Nana ini, memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000.

Melalui portal Astro Gempak, Siti Nordiana memberitahu akan menggunakan wang kemenangan yang diraih untuk membantu ibu bapa serta simpanan anaknya, Ryyan Nakhaei. Dia juga akan mengadakan majlis kesyukuran dan mengembangkan lagi perniagaannya.

Selain wang tunai, Nana turut membawa pulang trofi, mendapat peluang merakamkan sebuah lagu baru terbitan Astro serta pakej percutian ke Madrid, Sepanyol bernilai RM 30,000.

Tempat kedua disandang oleh Farahdhiya yang membawa pulang hadiah wang tunai rm50,000, trofi dan pakej percutian ke Beijing bernilai RM 15,000.

Tempat ketiga pula, dimenangi Ezad Lazim yang membawa pulang RM 30,000, trofi dan pakej percutian ke Lombok bernilai RM 6,000.


Berikut merupakan senarai penuh pemenang bagi Gegar Vaganza 2015:

Juara: Siti Nordiana
Naib Juara: Farahdhiya
Ketiga: Ezad Lazim
Keempat: Nassier Wahab
Kelima: Acong Sweetchild
Keenam: Haiza

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=CZKUhKjosJw]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori