• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Larikan Diri Daripada Tahanan Polis Berjaya Ditahan

oleh Ahmad Albab
12/12/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Suspek kes samun dan ragut yang meloloskan diri ketika dalam tahanan polis pada Isnin lepas berjaya ditahan semula awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mohd Yusoff Mamat berkata suspek berusia 34 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1 pagi ketika bersembunyi di sebuah rumah di Kampung Seri Gombak Indah, Batu Caves.

“Dalam operasi yang bermula pukul 10 malam semalam dan berakhir 6 pagi tadi itu, polis turut menahan dua individu yang dipercayai membantu suspek dalam usahanya melarikan diri. Kedua-duanya ditahan di Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurut Mohd Yusoff, polis turut merampas dua motosikal, lima telefon bimbit, pakaian serta pelbagai barangan kelengkapan lain yang digunakan suspek ketika melarikan diri.

Suspek yang merupakan penjenayah berbahaya kerana terlibat dalam 29 kes samun dan ragut, melarikan diri dalam keadaan tangan masih bergari dan memakai baju lokap.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.35 malam itu, suspek melarikan diri ketika berada di dalam van yang dikawal seorang anggota polis sementara beberapa lagi anggota termasuk pegawai ke rumah seorang lagi suspek. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]9pt3iW9x_N0[/wpdevart_youtube]

Tags: penjenayah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anak Lelaki Muammar Gaddafi Dibebaskan Selepas Diculik

Next Post

Pengawal Keselamatan Lakukan 10 Kes Jenayah Ditangkap

Related Posts

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

05/07/2025
0

JITRA: Seorang daripada dua penjenayah yang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di susur masuk Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bandar...

Rakaman CCTV Penjenayah Pecah Masuk Kediaman Sebelum Ditembak Mati Tular

Rakaman CCTV Penjenayah Pecah Masuk Kediaman Sebelum Ditembak Mati Tular

14/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Satu video memaparkan empat penyamun memasuki sebuah rumah di Desa Vista, di Sepang sebelum tiga daripada mereka ditembak...

Next Post

Pengawal Keselamatan Lakukan 10 Kes Jenayah Ditangkap

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd