• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Penumpang Bas Ekspres Cedera Bas Terbabas, Terbalik

oleh Ahmad Albab
06/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – Sebanyak 15 penumpang sebuah bas ekspres cedera ringan selepas bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Kilometer 167.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini awal, hari ini.

Pegawai Trafik Kontinjen Pulau Pinang DSP Tan Boon Hooi berkata dalam kemalangan pada kira-kira 5.50 pagi itu, penumpang yang cedera terdiri daripada lapan wanita dan tujuh lelaki berusia antara 18 dan 45 tahun.

“Semasa kemalangan, bas ekspres yang membawa 21 penumpang itu dalam perjalanan dari Larkin, Johor menuju ke Kangar, Perlis.

“Menurut pemandu bas berusia 40-an, semasa tiba di lokasi kejadian secara tiba-tiba sebuah motosikal keluar dari tepi kiri jalan dan masuk ke laluan bas di lebuhraya berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pemandu bas ekspres itu cuba mengelak motosikal berkenaan sehingga menyebabkan kenderaannya hilang kawalan sebelum terbalik di atas jalan.

Tan berkata semasa kejadian terdapat beberapa kenderaan lain di belakang bas berkenaan, namun pemandunya sempat mengelak.

Katanya, beberapa pengguna jalan raya bertindak membantu mengeluarkan penumpang dari bas berkenaan sebelum bantuan daripada pihak bomba tiba.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Sementara itu seorang penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Ravi, 29, berkata semasa kejadian beliau belum tidur kerana bas berkenaan baru 20 minit berhenti di Hentian Rehat dan Rawat Gunung Semanggol.

“Ketika itu, saya sedang melihat telefon bimbit dan tiba-tiba rasa macam bas mengelak sesuatu sebelum terbalik, kebanyakan penumpang yang tengah tidur terkejut dan menjerit.

“Saya mengalami kecederaan luka di tangan dan lebam di kepala akibat terhantuk,” katanya yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Johor Bharu dan dalam perjalanan pulang ke Alor Star. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]TPEA_As5JXA[/wpdevart_youtube]

Tags: kemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd