• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Hanya Allah Tahu Kenapa Mereka Buat Begitu” – Putin

oleh AK-47
07/12/2015
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin hari ini di dalam ucapan tahunannya kepada Parlimen menyelar sebahagian daripada pemimpin Turki dengan mendakwa mereka mempunyai hubungan perdagangan dengan kumpulan pengganas di Syria dan Iraq.

Putin berkata dia berjanji akan membuat lebih banyak sekatan kepada Turki berikutan kes tembak jatuh pesawat perang Su-24 Rusia, baru-baru ini.

Putin mendakwa, Rusia telah berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan Turki beberapa tahun kebelakangan ini, namun tidak faham dengan tindakan negara berkenaan menembak jatuh pesawat tersebut.

Di dalam ucapannya juga, Putin mengutuk tindakan yang dilakukan oleh Turki hingga menggunakan kalimah ‘Allah’ di dalam kata-katanya yang berbunyi;

“We were ready to cooperate with Turkey on any sensitive issue and were ready to go much further than other allies were willing to. Only Allah knows, why they did it, and evidently Allah decided to punish the ruling clique in Turkey, by depriving it of any reason or logic.

(Kita telah bersedia untuk bekerjasama dengan Turki dalam kebanyakan isu sensitif dan pergi lebih dalam lagi berbanding dengan sekutu mereka. Hanya Allah tahu kenapa mereka berbuat begitu. Jelas, Allah telah hukum sekelompok pemimpin di Turki dengan buang kewarasan mereka),” kata Putin yang dipetik laporan oleh stesen BBC.

Putin menegaskan bahawa kemarahan Moscow terhadap insiden tersebut ditujukan kepada beberapa individu dan bukannya penduduk Turki.

“Kita mempunyai ramai rakan di Turki, mereka perlu tahu bahawa kita tidak menyamakan mereka dengan sekelompok pemimpin Turki sekarang, yang bertanggungjawab ke atas kematian tentera kita di Syria,” kata beliau.

“Dan ternyata Allah memutuskan untuk menghukum kelompok pemerintah di Turki itu dengan melemahkan ejen risikan dan rasional mereka,” tambahnya.

Menurut Putin lagi, Rusia tidak akan melupakan apa yang telah berlaku dan menyifatkan perkara itu sebagai satu pengkhianatan.

“Kita tidak akan berhenti daripada memperingatkan mereka apa yang telah mereka lakukan dan mereka tidak akan berhenti dari menyesal dengan tindakan mereka sendiri,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: RusiaTurkiVladimir Putin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Saya Buka Tudung Kerana Cari Rezeki” – Pelakon Senior, Normah

Next Post

Kisah Kebaikan Hati Arwah Yus Jambu Dan Makcik Tisu..

Related Posts

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

13/05/2025
0

MOSCOW - Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia adalah yang pertama bagi pemimpin negara ke Persekutuan...

Rusia, Belarus, Cuba Dan Korea Utara ‘Terselamat’ Perang Tarif

Rusia, Belarus, Cuba Dan Korea Utara ‘Terselamat’ Perang Tarif

04/04/2025
1

WASHINGTON - Beberapa negara terkecuali daripada senarai tarif timbal balik yang diperkenalkan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ketika...

Next Post

Kisah Kebaikan Hati Arwah Yus Jambu Dan Makcik Tisu..

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd