• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Rakam Kenyataan Jho Low, Suboh Pada Ahad Lepas

oleh Ahmad Albab
04/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakamkan kenyataan daripada ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dan Pengarah SRC International Sdn Bhd Datuk Suboh Md Yassin di luar negara, pada Ahad lepas mengenai syarikat itu dan dana politik sebanyak RM2.6 bilion.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata kenyataan itu dirakamkan oleh pegawai SPRM, sambil menambah bahawa beliau belum membaca kenyataan yang dibuat oleh Jho Low dan Suboh.

Beliau, bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai kenyataan tersebut.

Mengenai hasrat SPRM untuk merakamkan kenyataan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu itu, Mohd Shukri berkata SPRM masih menunggu Najib untuk memberi respons terhadap perkara itu.

“Saya berharap Perdana Menteri akan memberi respons secepat mungkin tetapi semuanya terserah kepada beliau memandangkan beliau agak sibuk pada masa ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam gala Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di sini, malam tadi.

Majlis itu dirasmikan oleh Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Pada 12 Nov lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata SPRM telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri berhubung perkara itu, dan Najib bersetuju untuk kenyataan beliau dirakamkan.

Beliau berkata SPRM menunggu tarikh untuk menemubual Najib mengenai isu yang berkaitan dengan siasatan itu.

Najib pada hari yang sama, berkata beliau akan memberi kenyataan kepada SPRM selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberitahunya bahawa beliau perlu memberi kenyataan kepada SPRM berhubung isu berkaitan dana politik supaya siasatan dapat diselesaikan secepat mungkin.

SRC International adalah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]azwqMOyGLBs[/wpdevart_youtube]

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd