Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Sarawak Sentiasa Urus Kewangan...

KUCHING - Kerajaan negeri Sarawak mengamalkan pengurusan kewangan yang efisien dan berhemah dalam...

PIKOM Harap Kerajaan Kecualikan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) mencadangkan kepada kerajaan...

Rafizi Sertai Perkhemahan `Occupy’...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dan Pengarah...

Mayat Dua Remaja Lelaki...

JOHOR BAHRU - Dua remaja lelaki yang dilaporkan hilang di kawasan perairan Desaru,...

GoPlug, Beg Sandang Dengan Soket Elektrik Terbina

POWER Bank yang digunakan sebagai ‘bateri tambahan’ peranti pintar kini boleh dimiliki pada harga yang amat murah.

Masalah peranti kehabisan bateri ketika di luar kini bukan lagi masalah besar kerana power bank berkapasiti besar turut mempunyai rekaan yang kompak.

Masalah komputer riba dan kamera kehabisan bateri ketiga tugasan luar adalah dua masalah besar yang kami harap dapat diselesaikan.

GOPlug-1

Masalahnya power bank dengan soket elektrik tiga pin walaupun wujud tidak terjual secara meluas di Malaysia.

GoPlug ialah beg galas yang dilengkapi soket elektrik terbina.

Kini anda tidak perlu risau sekiranya peralatan elektrik anda kehabisan bateri ketika di luar.


Beg ini mempunyai satu soket elektrik 3 pin, 1 port MikroUSB, 1 port USB-C, 2 port USB-A dan satu port 12V DC (kepala pencucuh rokok di dalam kereta).

Kesemua port pengecasan dan soket elektrik ini disambungkan kepada sebuah power bank berkapasiti 160 Wh.

Sebagai perbandingan bateri sebuah MacBook Pro adalah bersaiz 99 Wh. Ini membolehkan ia mengecas bateri komputer riba, tablet, bateri kamera dan peranti pintar dengan mudah. Harga jualan GoPlug bermula dari AS$229 (RM 971) sebuah.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: GOPLUG

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori