• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Tanah Hutan Kanada Bernafas Macam Paru-Paru

oleh
14/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

HALIFAX – Fenomena aneh dilaporkan muncul di wilayah Nova Scotia, Kanada apabila seorang lelaki tempatan, Brian Nuttal secara tidak sengaja baru-baru ini berjaya merakamkan video menunjukkan permukaan tanah yang bernafas.

Rakaman dibuat pada 31 Oktober lalu kemudian dimuat naik menerusi akaun Manual Petitat di laman YouTube itu sekali gus menggemparkan jutaan penduduk negara berkenaan selain mencetuskan minat masyarakat seluruh dunia.

Media Kanada melaporkan Nuttal dalam posting menerusi akaun Facebook dirinya mendakwa, insiden ganjil itu dirakamkan di kawasan hutan yang dikenali sebagai Apple River di wilayah Nova Scotia tersebut pada akhir bulan lepas.

Terletak di Teluk Fundy, Apple River sebenarnya merupakan sebuah tempat terpencil dan dipercayai mula diteroka pada 1783 serta dihubungkan pada jarak 239 kilometer dengan bandar raya terbesar ibu wilayahnya, Halifax.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 1 minit 32 saat tersebut, Nuttal berkata, tanah di situ asalnya cukup tenang tiba-tiba berubah dan tampak permukaannya seperti kembang kempis seumpama aksi paru-paru manusia apabila bernafas.

“Ia sangat pelik apabila saya berjalan di sana, saya menyedari tanah bergoncang dan mulanya menyangka ada tiupan angin kencang semacam ribut Patricia yang pernah membadai kawasan tersebut sebelum itu,” jelas beliau lagi.

Ramai netizen menganggap fenomena unik itu terjadi secara semula jadi akibat pergerakan kuat air sungai bawah tanah yang meluap-luap sebab kebetulan lokasi insiden tersebut berlaku memang tidak terlalu jauh dari sebuah tasik.

Namun, Nuttal menolak andaian tersebut kerana kawasan itu agak kering dan beliau sendiri yang berpengalaman memburu haiwan liar di dalam hutan belum pernah langsung merasai kejadian sedemikian. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Kanada
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tangkap Netanyahu Jika Jejak Kaki Ke Kanada’

‘Tangkap Netanyahu Jika Jejak Kaki Ke Kanada’

21/10/2025
0

OTTAWA – Perdana Menteri Kanada, Mark Carney dengan nada tegas mengumumkan bahawa negaranya akan menahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu...

Kanada Tetap Zon Perlindungan Marin Terbesar

Kanada Tetap Zon Perlindungan Marin Terbesar

12/07/2024
1

MONTREAL : Kanada menetapkan zon perlindungan marin terbesar di negara itu di luar pantai Vancouver, ke arah melindungi satu pertiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd