• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Pelajar UPNM Diikat Dan Diperlakukan Seperti Anjing

oleh AK-47
29/11/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAKAMAN video pelajar lelaki yang dibuli dan diperlakukan seperti binatang oleh beberapa individu menjadi viral di laman sosial.

Rakaman yang dimuatnaik di laman Facebook Friends Of PDRM itu, dipercayai dirakam di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Menerusi video, mangsa yang berpakaian kemeja putih kelihatan diikat tangannya di belakang badan sebelum ditampar berulang kali dan ditumbuk di tubuh dan muka oleh beberapa individu.

Mangsa yang diikat dengan rantai di lehernya turut diseret oleh salah seorang pembuli.

“Dah macam anjing… binatang dah… Tercekik anak orang tu,” kedengaran perbualan antara dua lelaki yang turut terakam.

Dua lelaki lain yang berpakaian kemeja putih turut kelihatan merangkak menggunakan perut, pada saat-saat akhir rakaman video itu, dipercayai juga mangsa buli.

Menurut info, perbuatan buli ini dilakukan oleh pelajar-pelajar senior kepada pelajar yang baharu memasuki IPT terbabit.

Video kejadian mendapat kritikan netizen yang terkejut dengan tingkah laku buruk secara beramai-ramai itu.

Pengguna Facebook, Norhasrizatun Nani meluahkan rasa terkejutnya terhadap tindakan keganasan dan mengkritik mereka yang merakamkan video itu yang disifatkan hanya menjadi penonton.

“Saya tak faham dengan orang zaman sekarang, merakam sesuatu tanpa membantu. Menyakitkan hati betul dengan pemikiran orang seperti ini,” tulisnya di ruangan komen video.

Seorang lagi pengguna, Fakhrul Radzim berkata, “Saya tidak percaya mereka boleh memperlakukan orang lain seperti itu.”

“Tengok bahagian akhir video, pelajar terpaksa merangkak menggunakan perut. Teruk kena buli, ini mesti pelajar baru,” komen pengguna Facebook, Mohd Faizal Redzuan yang kemudian membuat kesimpulan bahawa perbuatan buli adalah sebahagian daripada perkara biasa dilakukan di IPT itu.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: kes bulivideo bulivideo viral
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Titah Sultan Johor Larang Jual Vape Akan Dibincang

Next Post

Kini Anda Boleh Gunakan Waze Versi Star Wars!

Related Posts

Kes Buli: Lima Daripada Tujuh Pelajar MRSM Dirakam Keterangan

Kes Buli: Lima Daripada Tujuh Pelajar MRSM Dirakam Keterangan

08/04/2025
0

NIBONG TEBAL- Polis telah merakam keterangan lima daripada tujuh pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini yang dipercayai terlibat...

Tindakan Tegas Terhadap Pentadbir Sekolah Sembunyi Kes Buli – Fadhlina

Tindakan Tegas Terhadap Pentadbir Sekolah Sembunyi Kes Buli – Fadhlina

14/11/2024
0

Kota Kinabalu : Kepimpinan tertinggi pentadbir sekolah diminta tidak menyembunyikan sebarang kes berkaitan buli yang berlaku dalam kalangan murid atau...

Next Post

Kini Anda Boleh Gunakan Waze Versi Star Wars!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd