• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UniMara Diwujudkan Awal Tahun Hadapan – Ismail Sabri

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Universiti Majlis Amanah Rakyat (UniMara) akan diwujudkan awal tahun depan dengan pengambilan awal kira-kira 200 pelajar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan perkara itu berkata universiti berkenaan akan diwujudkan di bawah program Transformasi Luar Bandar dengan kampus utama dimulakan di sini.

Katanya Mara telah mempunyai lesen menjalankan operasi pusat pengajian itu yang lebih tertumpu kepada peningkatan akademik pelajar berbanding kampus.

“Untuk permulaan kita akan ambil 200 pelajar. Bagi peringkat awal kita telah sewa bangunan di Kuala Lumpur ini. Kita mula kampus utama di sini dahulu.

“Di masa depan kita akan besarkan lagi. Mungkin ada bangunan sendiri. Itu untuk masa depan. Peringkat awal kita pentingkan pengisian pembelajaran dahulu,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Apresiasi Perkhidmatan Mara 2015 di sini, malam ini.

Terdahulu Ismail Sabri menyampaikan cenderamata kepada 280 kakitangan Mara yang terdiri daripada 95 yang bersara wajib, 103 bersara pilihan, 26 kakitangan pencen terbitan dan seorang kakitangan pencen kesihatan.

Turut menerima cenderamata adalah 30 kakitangan yang berkhidmat selama 25 tahun dan 25 petugas lagi yang berkhidmat selama 40 tahun.

Kesemua penerima menerima cenderamata penghargaan berupa Al-Quran digital. – BERNAMA

Tags: Ismail SabriMARA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melantik warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua Maktab...

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bercadang mengemukakan cadangan kepada Menteri Kemajuan Desa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd