• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunaikan Zakat Kepada Agensi Yang Dilantik – KP Jakim

oleh Ahmad Albab
18/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Masyarakat Islam di negara ini perlu menunaikan zakat mereka kepada agensi zakat yang dilantik kerajaan bagi memastikan agihan zakat dilaksanakan secara adil kepada golongan asnaf.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha berkata ia sejajar dengan Muzakarah ke-76 Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 21 Nov 2006 yang memutuskan bahawa mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah (Amil yang ditauliahkan) adalah sah tetapi berdosa.

“Perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau Ulul Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima Zakat Koperasi 2015 di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Pusat Pungutan Zakat (PPZ)-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Datuk Che Mat Che Ali.

Kata Othman, pembayaran zakat tanpa melalui agensi yang sah akan menyebabkan berlakunya ketidakadilan kepada pihak lain kerana kemungkinan pihak terlibat telah menerima bantuan daripada individu lain.

“Sebab itu kita galakkan umat Islam menunaikan zakat perniagaan harta mahupun persendirian kepada agensi bertauliah seperti PPZ kerana agensi ini mempunyai sistem yang lengkap meliputi maklumat mengenai golongan berkenaan,” katanya.

Beliau memaklumkan sehingga kini terdapat 28 skim bantuan zakat di bawah PPZ-MAIWP yang mana salah satu daripadanya adalah Skim Bantuan Bulanan yang diagihkan kepada 23,000 keluarga yang berada dalam kategori asnaf layak menerima zakat di Wilayah Persekutuan.

Katanya, pembayar zakat melalui agensi zakat bertauliah turut layak mendapat pengecualian cukai kerana resit yang diterima selepas pembayaran zakat dibuat adalah diiktiraf Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Terdahulu, Othman menerima penyerahan zakat perniagaan daripada 14 koperasi berjumlah RM1.69 juta bagi tahun 2014.

Koperasi Kakitangan Petronas Malaysia Berhad merupakan pengeluar zakat perniagaan tertinggi berjumlah RM649,706 diikuti Koperasi Tenaga Nasional Berhad (RM250,948), Koperasi Permodalan Felda Berhad (RM216,900) dan Koperasi Kakitangan Felda Malaysia Berhad (RM121,477). – BERNAMA

Tags: JakimZakat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Sirajuddin Suhaimee mengingatkan golongan mahasiswa agar merujuk Garis Panduan...

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd