• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Tegas Jika Guru Cuai Dalam Kes Buli Pelajar – Exco

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Tindakan tegas akan diambil ke atas guru sebuah sekolah di Besut jika didapati ada unsur kecuaian pihak sekolah berhubung kes buli yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.

Exco Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri Ghazali Taib berkata pihaknya akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Pendidikan di mana guru sekolah berkenaan turut disiasat.

“Kita akan siasat jika ada kecuaian guru dan guru besar sekolah itu. Kita akan lihat kenapa tiada ustaz atau ustazah mengawasi keadaan sehingga terjadinya insiden berkenaan,” katanya ketika diminta mengulas video buli yang tersebar di laman sosial sejak dua hari lepas.

Video berdurasi 6 minit 29 saat itu memaparkan sekumpulan murid lelaki memukul seorang murid lain yang lengkap berpakaian pengawas di surau sekolah berkenaan.

Menerusi rakaman video itu, seorang murid Tahun Empat dan lima pelajar Tahun Lima yang berpakaian sukan menumbuk secara bergilir-gilir, menyepak, memijak bahu dan memaksa mangsa mencium stokin.

Ghazali berkata jika terbukti wujudnya kecuaian, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas guru yang terbabit termasuk dipecat atau ditukar.

“Bagaimanapun kes ini perlu disiasat lebih terperinci dan kita akan putuskan nanti,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata pihaknya akan mengikut SOP yang telah ditetapkan untuk menyiasat kes berkenaan.

“Kita juga akan turut memberikan kaunseling kepada mangsa untuk mengatasi trauma yang dialami dan satu perjanjian menyelesaikan perkara itu dengan cara baik akan dilakukan. Namun ianya bergantung kepada budi bicara keluarga mangsa,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes bulipelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 10 unit meja banquet dan 50 unit kerusi kepada penduduk Kampung...

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan kebimbangan terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd