• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

The Curve Nafi Berlaku Insiden Culik Seperti Didakwa Zahirah

oleh AK-47
07/11/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PIHAK pengurusan pusat beli belah The Curve menafikan kes penculikan hampir berlaku terhadap pelakon baharu Zahirah MacWilson seperti mana didakwanya.

Zahirah sebelum ini dalam kenyataannya kepada mStar mengatakan, dia hampir diculik ketika berjalan bersendirian ke parkir keretanya di pusat beli belah berkenaan.

Zul Ariffin Dedah Zahirah Hampir Diculik Di Pusat Beli Belah

Memetik kenyataannya yang tersiar Zahirah dilaporkan berkata, “Kejadian buruk itu berlaku petang semalam (Rabu) di parking The Curve ketika hendak pulang, ketika itu saya bersendirian.

“Tapi saya tidak mahu cerita bagaimana ia berlaku, cukuplah saya katakan agar kaum wanita lebih berhati-hati ketika berada di tempat parking dan kunci pintu bila sudah berada dalam kereta.”

Bagaimanapun pihak pengurusan The Curve menerusi komen pada satu screen capture yang disiarkan di Forum Cari mendakwa, kes seperti mana diceritakan oleh Zahirah tidak berlaku.

Wakil pusat beli belah itu menulis, pihak mereka mengambil serius dakwaan tersebut dan terus mengadakan siasatan sebaik mengetahuinya.

Namun setelah memeriksa kamera keselamatan litar tertutup (CCTV), tiada satu bukti kukuh pun yang diperoleh bagi mengesahkan ada berlaku kejadian penculikan seperti didakwa aktres terbabit.

Turut didedahkan, tidak ada sebarang laporan polis dibuat berhubung insiden tersebut.

The Curve turut menegaskan, keselamatan pengunjung adalah keutamaan mereka dan pasukan sekuriti disediakan dengan banyak bagi tujuan ini. – MYNEWSHUB.CC

curve

Tags: myArtispelakonselebritiThe CurveZahirah Macwilson
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd