• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terkejut Ika Ditumbuk, Rosyam Arah Penggambaran Ditangguh

oleh AK-47
06/11/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU-BARU ini industri hiburan dikejutkan dengan berita seorang pengarah telah menumbuk pelakon Ika Nabella ketika berada di set penggambaran hingga menyebabkan mulutnya cedera dan tidak dapat dibuka.

BACA: Pengarah Tumbuk Ika Nabella Hingga Mulut Tak Dapat Dibuka?

Susulan kejadian itu, penerbit drama tersebut iaitu Datuk Rosyam Nor mengarahkan penggambaran ditangguh bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan.

Ika Nabella (tengah) bersama pengarah drama Azma Aizal Yusoof (kiri) dan pelakon Mahmud Ali Basha.
Ika Nabella (tengah) bersama pengarah drama, Azma Aizal Yusoof (kiri) dan pelakon, Mahmud Ali Basha.

Pada masa sama, Rosyam yang sinonim dengan jolokan ‘hero Malaya’ suatu ketika dahulu mengakui, terkejut dengan insiden tersebut sebaik dimaklumkan mengenainya.

“Saya tidak boleh memberikan sebarang komen tentang isu ini kerana ia masih lagi dalam siasatan polis, cuma buat masa ini penggambaran drama tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga semuanya selesai.

“Saya dapat tahu perkara ini malam tadi dan baru selesai bertemu sendiri dengan pengarah tersebut dan pihak polis untuk siasatan,” ujarnya kepada mStar Online.

Difahamkan, Ika telah membuat laporan terhadap pengarah drama, Azma Aizal Yusoof di Balai Polis Hulu Klang, Selangor pada malam hari kejadian.

Azma Aizal sebelum ini pernah mengarahkan beberapa siri drama popular seperti Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Teman Lelaki Upahan di slot Akasia TV3 selain membintangi beberapa drama.

Dalam pada itu, Ika yang dihubungi akui masih dalam keadaan trauma dan enggan mengulas lanjut atas arahan pihak berkuasa dan keluarga. – MYNEWHUB.CC

Sumber: mStar Online

Tags: Ika NabellaRosyam Nor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru Wanita Curi Gelang Emas Bernilai RM41,000

Rosyam Nor Mohon Maaf

09/01/2024
1

Kuala Lumpur: Datuk Rosyam Nor, 57, yang mencetuskan kontroversi berikutan kenyataannya yang berpendapat pusat pelacuran perlu ada di negara ini...

Rosyam Nafi Jadi Barua Cina Isu Saham Pasar Raya

05/01/2019
0

TAMPIL... Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Rosyam Nor menegaskan beliau adalah pemilik bersama perniagaan pasar raya ST Rosyam Mart yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd