• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Abdullah Ucap Tahniah Kepada JDT

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana menjuarai Piala AFC 2015 pada 31 Oktober lalu.

Tengku Abdullah mengucapkan tahniah menerusi satu surat rasmi FAM yang diutuskan kepada Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertarikh 2 November 2015.

“Terlebih dahulu Padukan Ayahanda mengucapkan salam takzim serta diiringi doa semoga Paduka Anakanda seisi keluarga serta seluruh warga JDT sentiasa dalam peliharaan Allah S.W.T.

“Kemenangan bersejarah JDT pada adalah satu detik gemilang untuk semua rakyat Malaysia kerana ia tidak hanya mengakhiri dominasi pasukan dari Asia Barat dan Asia Tengah malah yang penting lagi ia telah menaikkan nama JDT dalam peta bola sepak antarabangsa dengan menjadi pasukan ASEAN/Asia Timur pertama memenangi piala ini,” titah baginda.

Surat ucapan tahniah oleh Presiden FAM itu disiarkan di laman Facebook rasmi ‘Harimau Selatan’, Johor Southern Tigers hari ini.

Tengku Abdullah turut menyatakan ucapan tahniah kepada Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor dan semua warga JDT yang telah bekerja keras untuk mencapai kejayaan dalam kejohanan Piala AFC 2015.

“Akhir kata, Paduka Ayahanda berharap pasukan JDT akan meneruskan kecemerlangan dalam AFC Champions League pula di musim depan,” titah baginda.

JDT muncul pasukan pertama dari Malaysia menjuarai kejohanan Piala AFC selepas menewaskan pasukan Istikol FC 1-0 di gelanggang lawan pada 31 Oktober lalu. - MYNEWSHUB.CC

Tags: JDTTengku Abdullah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Terus Cipta Rekod Dunia, 114 Perlawanan Liga Tanpa Kalah

JDT Terus Cipta Rekod Dunia, 114 Perlawanan Liga Tanpa Kalah

19/10/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mencipta sejarah bola sepak apabila mencatat rekod luar biasa 114 perlawanan liga...

JDT Terus Kekalkan Penguasaan Liga Super, Kukuh Di Puncak Carta

JDT Terus Kekalkan Penguasaan Liga Super, Kukuh Di Puncak Carta

19/10/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengekalkan penguasaan dalam saingan Liga Super 2026/27 apabila kekal unggul di tangga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd