• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teks Perjanjian TPPA Akan Dihebahkan Dalam Tempoh 24 Jam

oleh Ahmad Albab
06/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Teks perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan dihebahkan kepada umum dalam tempoh 24 jam melalui portal Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kata Menteri berkenaan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata beliau akan mengeluarkan satu kenyataan penuh petang ini bagi mengumumkan perkara tersebut untuk pengetahuan orang ramai.

“Teks ini panjang, mengandungi 30 bab, dan ini akan dihebahkan kerana ia telah dibangkitkan oleh beberapa anggota Parlimen di dewan ini supaya perkara ini dihebahkan, dan kita tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 di Dewan Rakyat hari ini.

Mustapa berkata teks perjanjian itu juga diserahkan kepada dua pihak iaitu PricewaterhouseCoopers (PwC) dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) yang sedang membuat kajian Analisis Kos Faedah Perkongsian.

Kajian tersebut katanya dijangka siap dalam tempoh antara dua dan tiga minggu lagi.

“Seperti yang dijanjikan kerajaan, teks perjanjian TPPA ini akan dibincang, dibahas dan dibuat keputusan dalam Parlimen.

“Sehingga kini, kita belum berbincang secara rasmi dengan pihak Speaker, mungkin bulan Januari atau awal Februari tahun depan, tertakluk kepada kelulusan Speaker,” kata Mustapa.

Sebanyak 12 negara menyertai perjanjian TPPA iaitu Brunei, Chile, Singapura, New Zealand, Amerika Syarikat, Australia, Peru, Vietnam, Mexico, Kanada dan Malaysia.

Kesemua negara yang terlibat dalam perjanjian itu mempunyai 800 juta penduduk, dan menyumbang 40 peratus kepada pengeluaran dunia. – BERNAMA

Tags: MITIMustapa MohamedTPPA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang baharu melalui...

Laporan Tesla Batal Pengeluaran Di Asia Tenggara Mungkin Keputusan Komersial – MITI

Laporan Tesla Batal Pengeluaran Di Asia Tenggara Mungkin Keputusan Komersial – MITI

08/08/2024
0

KUALA LUMPUR - Laporan media Thailand mengenai hasrat Tesla Inc (Tesla) membatalkan rancangan pengeluarannya di Asia Tenggara mungkin satu keputusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd