• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tapak 1Malaysia Youth Akan Dikenal Pasti Di Papar – Rosnah

oleh Ahmad Albab
01/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAPAR – Anggota Parlimen Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata beliau dengan kerjasama Pejabat Daerah Papar akan mengenal pasti tapak kekal yang sesuai untuk pelaksanaan program 1Malaysia Youth City di kawasan parlimen berkenaan.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata pewujudan kawasan seperti itu perlu bagi membolehkan belia di kawasan Parlimen Papar meningkatkan keupayaan dan memajukan diri dalam pekerjaan dan keusahawanan serta dapat menikmati kemudahan perumahan dan rekreasi sesuai dengan matlamat 1Malaysia Youth City sendiri.

“Selepas kita mengenal pasti tapak itu, kita akan membuat permohonan secara rasmi kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (untuk tujuan itu) memandangkan kita ada tanah. Kita lihat golongan belia yang ada sekarang ini terpaksa ke tempat-tempat lain seperti di Kota Kinabalu dan Tuaran,” katanya.

Rosnah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Youth Downtown di Tapak Tamu Papar, di sini hari ini. Program yang bermula semalam itu berakhir hari ini.

Menurut Rosnah tapak program 1Malaysia Youth City kini hanya terdapat di daerah Tuaran dan berharap pusat yang sama turut diwujudkan di Papar.

Mengenai program Youth Downtown, Rosnah berharap ia dapat dijadikan sebagai acara tahunan dan penganjurannya diperluaskan ke kawasan lain bagi menghargai kreativiti golongan belia.

Katanya program itu berupaya menghimpunkan para belia dari pelbagai bidang termasuk keusahawanan, kreativiti dan seni yang dapat memberi impak positif kepada pembangunan serta perkembangan golongan itu.

“Pada hari ini pelbagai aktiviti menarik dapat kita lihat seperti jualan barangan produk kecantikan, pakaian, hiburan, permainan dan hobi anak-anak muda sekarang iaitu menerbangkan drone,”katanya.

Mengulas mengenai projek Lebuhraya Pan Borneo yang bakal menghubungkan Sabah dan Sarawak, Rosnah berkata ia tidak harus dipolitikkan pihak pembangkang kerana Sabah dan Sarawak adalah negeri besar dan sewajarnya perlukan suntikkan dana besar demi keseimbangan pembangunan dengan Semenanjung.

“Kalau Rafizi (Anggota Parlimen Pandan) ingin mempolitikkan perkara ini, ia adalah sesuatu yang menyedihkan kerana ia datang dari seorang ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat. Rupanya dalam memperjuangkan hak rakyat ini (dia) mempunyai sikap pilih kasih,” katanya. – BERNAMA

Tags: Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd